PERAYAAN UMAT ISLAM | Perayaan Umat Islam ialah hari kemuliaan, iaitu himpunan amalan yang berkaitan dengan ibadat dan adat. Dari segi amalan ibadat ialah solat, zikir (mengingati Allah), tahlil (berzikir dengan kalimah tauhid “Lailahaillallah”), tasbih (memuji Allah S.W.T. dengan Subhanallah) dan takbir (mengagungkan Tuhan dengan Allahu Akbar). Manakala adat kebiasaan pula seperti makan, minum, pakaian, perhiasan, kelapangan, kegembiraan dan amalan yang diharuskan dalam Islam. | UMUM | |
TABERNACLE | Tabernacle, juga dikenali sebagai Khemah Pertemuan ialah pusat ibadat bagi orang Israel semasa zaman kitab Bible awal. Menurut Buku Exodus, orang Yahudi membina Tabernacle atau tempat sembahyang semasa mereka berkelana di padang pasir. Ia adalah sebagai simbol untuk kediaman tuhan mereka, di dalam kawasan kem atau petempatan mereka. Tempat ibadat yang lain juga ada kalanya dikenali sebagai tabernacle. | UMUM | |
SEMBAHYANG | rukun islam ke dua, ibadat yang wajib dilaksanakan oleh umat islam | AGAMA | Konsep |
MENARA | Menara ialah binaan tinggi, biasanya lanjung, yang terdapat di rumah ibadat umat Islam yang dinamakan masjid. Kebanyakan masjid mempunyai dua hingga enam menara. Azan dilaungkan oleh muazin dari puncak menara untuk menyeru umat Islam bersolat lima kali sehari. Menara mempunyai satu atau dua balkoni tempat muazin berdiri. Menara boleh berbentuk bulat, segi empat, atau banyak segi. Kebanyakannya dibina daripada bata atau batu, dan mempunyai tangga di bahagian dalamnya. Menara adalah satu daripada ciri paling biasa dalam seni bina Islam. | UMUM | |
WAKTU SOLAT | Satu tempoh tertentu yang ditetapkan bagi orang Islam untuk menunaikan kewajipan ibadat solat fardu dan sebilangan solat sunat. | FIZIK | Konsep |
AKIKAH | Akikah, ibadat penyembelihan haiwan tertentu sempena menyambut kelahiran bayi. Akikah adalah perkataan Arab yang bermaksud rambut bayi yang baru lahir. | AGAMA | Perayaan/Upacara |
MASJID AL-HARAM | Masjid al-Haram ialah masjid terbesar di dunia yang wajib dikunjungi oleh umat Islam yang menunaikan ibadat haji. | KEJURUTERAAN | Bangunan/Kota |
AZAN | Azan adalah satu cara pemberitahuan dalam Islam. Ia berfungsi sebagai peringatan supaya menunaikan sembahyang lima waktu. Azan dari segi bahasa bermakna seruan dan pemberitahuan. Makna ini terdapat dalam firman Allah Taala yang bermaksud: “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dengan menunggang berjenis-jenis unta kurus, yang datangnya dari pelbagai jalan (dari ceruk rantau) yang jauh”. | UMUM | |
SEMINARI | Seminari ialah kolej untuk melatih bakal paderi dan pemimpin gereja dan lain-lain pertubuhan keagamaan. Ia juga dikenali sebagai kolej teologi atau sekolah deviniti, dan merupakan sebuah institutsi peringkat ijazah. Pelajar seminari pada amnya mempelajari doktrin, sejarah, falsafah dan tulisan kitab suci mengenai agama mereka. Ramai juga yang mempelajari mata pelajaran amali, seperti psikologi pastoral, pendidikan agama, ibadat dan berdakwah. Seminari di beberapa negara biasanya menawarkan ijazah lanjutan, seperti Ijazah Sarjana dan Kedoktoran. Sesetengah kumpulan keagamaan pula menganugerahkan diploma, lesen atau sijil bagi menggantikan ijazah. | UMUM | |
RAJA ALAM | RAJA ALAM (? - ?), pemerintah Minangkabau pada abad ke-16. Raja Alam juga dikenal sebagai Yang Dipertuan Sakti. Berdasarkan Kaba Cindo Mato iaitu teks tradisional Minangkabau, terdapat tiga orang pemerintah Minangkabau, dan setiap seorang menguasai kawasan perlombongan emas. Raja Ibadat bersemayam di Sumpur Kudus, Raja Alam bersemayam di Pagarruyung dan Raja Adat bersemayam di Buo, di Sungai Sinamar. Mereka ini bergelar Raja nan Tigo Selo. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |