Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ibrahim


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
IBRAHIM MADKUR UMUM 
IBRAHIM HUSSEIN UMUM 
IBRAHIM HAJI YAACOB UMUM 
SURAH IBRAHIM

Surah Ibrahim ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-14 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 52 ayat.

Surah ini dinamakan Ibrahim untuk mengenang

kesan peninggalan bapa para nabi dan imam

golongan hanif, iaitu Nabi Ibrahim a.s. Nabi

Ibrahim a.s. menghancurkan lapan buah berhala,

membawa panji-panji tauhid dan menyebarkan

agama yang sebenar, iaitu agama Islam, yang juga

dibawa oleh pengakhir para nabi dan rasul.

UMUM 
NABI IBRAHIM A.S.

Nabi Ibrahim a.s. ialah anak kepada Azar. Al-

Qur’an tidak menyebut nasab Nabi Ibrahim a.s. lebih

daripada ini. Tetapi kitab suci lain menyebut

nasabnya seperti yang berikut: Tarikh ibn Nahur ibn

Sarugh ibn Arghu ibn Paligh ibn Abir ibn Shalikh

ibn Qaynan ibn Arfakhshad ibn Sam ibn Nuh. Nabi

Ibrahim bergelar ketua para nabi dan bapa para

nabi, kerana bermula daripadanya, lahir para nabi

lain. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “ Dan

Kami kurniakan kepadanya: Ishaq (anaknya) dan

Ya’kub (cucunya), dan Kami jadikan dalam kalangan

keturunannya orang-orang yang berpangkat nabi

dan menerima kitab-kitab agama, dan Kami berikan

balasannya yang baik di dunia; dan sesungguhnya

adalah dia, pada hari akhirat dari orang-orang yang

salih”.

(Surah al-‘Ankabut 29:27)

UMUM 
SULTAN IBRAHIM SYAHSULTAN IBRAHIM SYAH (  ?  -1826), Sultan Selangor yang kedua (1782-1826). Raja Ibrahim ditabal sebagai Sultan Selangor menggantikan ayahanda baginda, Sultan Sallehuddin Syah (Raja Lumu). Baginda memakai gelaran Sultan Ibrahim Syah.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
HAFIZ IBRAHIM UMUM 
ANWAR IBRAHIM

Timbalan Perdana Menteri (1993-1998).  Dia lahir pada 10 Ogos 1947 di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Cherok Tok Kun dan Sekolah Stowell.  Pendidikan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.  Dia memperoleh ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1971.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KISAH PELAYARAN MUHAMMAD IBRAHIM MUNSYI

KISAH PELAYARAN MUHAMMAD IBRAHIM MUNSYI, karya autobiografi. Kisah Pelayaran Mohammad Ibrahim Munsyi, dikarang oleh Ibrahim bin Haji Abdullah Munsyi. Apabila dia meninggal dunia, karangan ini berada di tangan saudaranya, Muhamad Khalid. Muhammad Khalid kemudian menyerahkan karangan ini kepada Haji Muhammad Said. Dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Ibrahim, Sultan Yang dipertuan bagi negeri dan jajahan Johor, Kisah Pelayaran Muhammad  Ibrahim Munsyi dicetak pertama kali dalam tulisan jawi pada tahun 1919,. Kemudian dalam tahun 1956, naskhah ini dicetak semula tanpa melakukan apa-apa perubahan. Kedua-duanya dicetak oleh Jabatan Cetak Negeri Johor di Johor Bahru.

SASTERAKarya
HASSAN IBRAHIM, DATUK SASTERATokoh
12345678910...

Kembali ke atas