IBU BAPA ANGKAT | | UMUM | |
IBU BAPA | | UMUM | |
KACUKAN | Kacukan ialah anak kepada ibu bapa yang berlainan bangsa, jenis atau spesies. | UMUM | |
EUGENIK | Eugenik ialah kaedah untuk meningkatkan baka dengan memilih ibu bapa berdasarkan ciri warisan | UMUM | |
NSPCC | NSPCC ialah sebuah pertubuhan British yang membantu kanak-kanak dan ibu bapa yang mempunyai masalah yang mempengaruhi keluarga mereka. Ia secara rasminya dinamakan National Society for the Prevention of Cruelty to Children. Persatuan ini merupakan persatuan sukarela (dibiayai hanya oleh derma dan aktiviti pengutipan derma). Ia mengendalikan kira-kira 65 pasukan yang mengandungi pakar perlindungan kanak-kanak di England, Wales, dan Ireland Utara. | UMUM | |
PYRAMUS DAN THISBE | Pyramus dan Thisbe adalah sepasang kekasih dalam legenda purba. Pyramus dan Thisbe hidup berjiran di Babylon. Mereka jatuh cinta, tetapi ditentang oleh ibu bapa kedua-dua pihak. Mereka tidak dibenarkan berkahwin ataupun bergaul sesama sendiri. Mereka terpaksa bercakap melalui rekahan dinding di antara rumah mereka. | UMUM | |
APOLLO | Apollo adalah tuhan utama dalam mitologi Yunani dan Rom. Dalam mitologi Yunani, dia adalah anak Zeus – raja segala tuhan – dan dewi Leto. Dewi Artemis adalah saudara kembarnya. Dalam mitologi Rom, ibu bapa Apollo ialah Jupiter dan Latona, dan kembarnya ialah Diana. | UMUM | |
ADAT PERKAHWINAN ORANG SUNGAI | ADAT PERKAHWINAN ORANG SUNGAI, adat perkahwinan yang diamalkan oleh Orang Sungai di daerah Labuan-Sugut, Sandakan dan utara Kinabatangan, Sabah. Calon isteri ditentukan oleh ibu bapa mereka. Malah dalam beberapa keadaan, sesuatu perkahwinan diatur terlebih dahulu sebelum seseorang anak itu dilahirkan. Hingga kini penglibatan ibu bapa dalam urusan perkahwinan masih tidak diketepikan. | BUDAYA | Konsep |
ADAT PERKAHWINAN MURUT | ADAT PERKAHWINAN MURUT, adat perkahwinan diamalkan oleh masyarakat Murut yang tinggal di Sabah. Sistem sosial yang menjadi amalan suku Murut di Pensiangan ialah ‘barian’ (hantaran sampai mati) atau ‘barian’ kahwin seumur hidup. Sistem ini masih dianggap sebagai tunjang adat bagi mengukuhkan tali persaudaraan antara ibu bapa dan anak perempuan yang telah kahwin. Ibu bapa perempuan atau saudara-maranya berhak meminta atau mengambil sesuatu benda yang disukai daripada menantunya pada bila-bila masa tanpa memikirkan sama ada perbuatannya itu menyenangkan menantunya ataupun sebaliknya. | BUDAYA | Konsep |
KOMPLEKS OEDIPUS | Kompleks Oedipus, suatu konsep yang digunakan dalam psikoanalisis, merupakan keinginan bawah sedar kanak-kanak untuk mendapatkan kasih sayang yang sepenuhnya daripada ibu bapa yang bertentangan jantina. | UMUM | |