SEREMBAN | Seremban (pend. 170 200), ibu negeri Negeri Sembilan. Ia juga berfungsi sebagai pusat pentadbiran dan pusat kegiatan ekonomi. Seremban terletak lebih kurang 50 kilometer ke selatan Kuala Lumpur. | UMUM | |
STUTTGART | Stuttgart (pend. 561 628) ialah ibu negeri Baden- Wüttemberg Jerman (lihat Jerman [peta politik]). Bekas ibu negeri Duchy dan kerajaan Württemberg ini terletak di sepanjang Sungai Neckar. Stuttgart ialah pusat utama ekonomi, politik, dan kebudayaan Jerman. | UMUM | |
MONTGOMERY | Montgomery (pend. 187 106; pend. kaw. met. 292 517) ialah ibu negeri Alabama dan pusat pertanian di selatan Amerika Syarikat. Orang selatan menubuhkan Negeri-negeri Gabungan Amerika di sini pada tahun 1861, dan bandar ini ialah ibu negeri Negeri-negeri Gabungan yang pertama. Ia terletak di atas tiga buah bukit di sepanjang tebing Sungai Alabama di tengah selatan Alabama. Industri utama di Montgomery termasuk pembuatan perabot, barangan kaca, jentera, kertas dan tekstil. | UMUM | |
RECIFE |
Recife (pend. 1 184 215; pend. kaw. met. 2 348 362) terletak di timur laut Brazil, dan ibu negeri Pernambuco Recife (pend. 1 184 215; pend. kaw. met. 2 348 362) terletak di timur laut Brazil, dan ibu negeri Pernambuco. Recife terletak di muara Sungai Capibaribe dan Sungai Beberibe, sebahagian di tanah besar dan sebahagian lagi di sebuah pulau di Lautan Atlantik (lihat Brazil [peta politik]). Kilang-kilang di Recife menghasilkan tekstil, tembikar, barangan kulit dan kertas, minyak sayur, dan alkohol. Sumber kekayaan utamanya datang daripada eksport pisang, kopi, kapas, kulit, dan gula. Recife mempunyai empat buah universiti. Orang Portugis menduduki wilayah Recife pada tahun 1535. Semasa serangan Belanda ke atas Brazil (1630–1654), Recife menjadi pusat operasi musuh. Recife menjadi sebuah bandar Brazil pada tahun 1710 dan bandar raya pada tahun 1823. | UMUM | |
NINEVEH | Nineveh ialah ibu negeri terakhir Empayar Purba Assyria, yang terletak di tebing timur Sungai Tigris, kira-kira 370 kilometer di utara Baghdad. Kawasan ini telah diduduki seawal 5000 S.M. Pada tahun 612 S.M., orang Babylon dan Medes telah menawan dan memusnahkan bandar ini. Pada tahun 1800-an, ahli arkeologi telah menggali semula kawasan ini dan menemui perpustakaan besar yang diasaskan oleh Raja Ashurbanipal. Perpustakaan yang menakjubkan ini mengandungi dokumen perniagaan, surat dan contoh kesusasteraan Babylon dan Sumeria. | UMUM | |
ANNAPOLIS | Annapolis ialah ibu negeri Maryland, negeri di Amerika Syarikat. Di sinilah terletak Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat. Annapolis terletak di sepanjang pinggir Sungai Severn di pantai barat Teluk Chesapeake. Susun atur bandar ini terdiri daripada dua bulatan di tengah-tengahnya dan jalan-jalan kecil bercabang-cabang ke semua arah. | UMUM | |
SUVA | Suva (pend. 71 608), ibu negeri dan bandar terbesar di Fiji, sebuah negara yang terdiri daripada gugusan kepulauan berjumlah lebih 800 buah pulau di Lautan Pasifik Selatan. Bandar Suva terletak di bahagian tenggara pantai pulau Viti Levu, pulau terbesar di Fiji. Untuk lokasi, lihat Fiji (peta). Suva ialah pelabuhan utama dan pusat perdagangan terpenting Fiji. Kapal berlabuh di Suva mengambil muatan kelapa kering dan buah-buahan tropika. Kapal-kapal pelancongan juga singgah di pelabuhan ini. Kilang-kilang di Suva menapis gula, serta menghasilkan minyak kelapa, pakaian dan sabun. Muzium Fiji terletak di Taman Botani. University of the South Pacific juga terletak di Suva. Lihat juga Fiji (gambar). | UMUM | |
CONCORD | Concord (pend. 36 006) ialah ibu negeri dan bandar terbesar New Hampshire, Amerika Syarikat. Concord terletak di tebing Sungai Merrimack di bahagian tengah selatan New Hampshire. | UMUM | Umum |
KANGAR | Kangar (pend. 40 000), ibu negeri Perlis. Kangar terletak pada garisan lintang 6° 26' Utara dan garisan bujur 100° 12' Timur, iaitu 10 kilometer ke hulu dari Kuala Sungai Perlis. | UMUM | |
SAPPORO | Sapporo (pend. 1 542 979) ialah ibu negeri Hokkaido, pulau yang paling utara di Jepun. Ia terletak di bahagian barat pulau berhampiran Teluk Otaru. (Lihat Jepun [peta politik]). Sapporo dibina pada tahun 1871, dan dibentuk berdasarkan bandar di negara Barat. Ia menjadi pusat pembuatan dan kebudayaan pulau itu. Keluarannya meliputi kain jerami, barangan getah, susu pekat dan kacang soya yang diproses. Tarikan utama Sapporo meliputi Hokkaido University dan taman bunganya yang khusus kepada flora alpin. Penduduk dan pengunjung menikmati cerun ski yang terletak di subbandar dan mata air panas Jozãnkei, 18 kilometer ke barat daya bandar. Pada tahun 1972, Sukan Olimpik Musim Sejuk berlangsung di Sapporo. | UMUM | |