| HADIAH CERPEN MALAYAN BANKING-DBP | HADIAH CERPEN MALAYAN BANKING-DBP, peraduan penulisan cerpen. Peraduan ini khusus kepada penulis Malaysia yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu. Syarat-syarat pertandingan antara lain ialah cerpen yang dikemukakan hendaklah karya asli, cerpen tersebut juga tidak pernah disiarkan baik secara cetakan atau stensilan. Hadiah cerpen ini ditaja oleh Malayan Banking Berhad dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pemberian hadiah ini, sejajar dengan matlamat untuk menarik lebih ramai penulis di kalangan yang bahasa ibundanya bukan Bahasa Melayu untuk mengungkapkan daya kreatif mereka dalam bahasa Melayu. Di samping itu, untuk meneguhkan pengucapan kesusasteraan tanah air di kalangan penulis bukan Melayu dan mendaulatkan penggunaan bahasa kebangsaan. | SASTERA | Anugerah/Hadiah |
| DIALEK MELAYU BUKIT | DIALEK MELAYU BUKIT, dialek yang digunakan oleh 8000 orang Bukit daripada jumlah hampir dua juta orang di Propinsi Kalimantan Selatan yang berdialek Melayu sebagai bahasa ibundanya. Suku yang kecil itu tinggal di lembah dan lereng pergunungan Meratus di bahagian tenggara propinsi itu. Rata-rata orang Bukit kurang berpendidikan dan masih mengamalkan animisme dan mereka menuturkan Melayu sebagai bahasa pertama mereka. Dialek Bukit tidak banyak perbezaannya berlainan dialek Melayu Banjar yang dituturkan penduduk berhampiran dengan kampung mereka. Dikatakan bahawa dengan mudah pedagang Banjar yang berjualan di pekan-pekan daerah Bukit dapat bercakap dalam varian orang Bukit. | BAHASA | Bahasa |