Sa‘d ibn ‘Ubadah ( ? –14 H. / ?–635 M.) ialah salah seorang sahabat dari golongan Ansar Bani Sa’idah, berasal daripada al-Khazraj, sebuah bandar di antara Yathrib–Taibah. Dia salah seorang pemimpin pada zaman Jahiliyah dan juga Islam. Dia digelar sebagai al-Kamil kerana pengetahuannya dalam bidang penulisan, memanah dan berenang. Dia memeluk Islam di tangan seorang sahabat Mus‘ab ibn ‘Umayr r.a., di rumah As‘ad ibn Zurarah dan telah menyertai perjanjian ‘Aqabah Kedua. Sa‘ad ibn ‘Ubadah telah memberi pengakuan taat setia kepada Rasulullah s.a.w. tanpa pengetahuan orang kafir, dan dia dipilih salah seorang daripada 12 orang ketua. |