IJAZAH SARJANA MUDA | | UMUM | |
TAN AIK HUANG | Tan Aik Huang, pemain badminton Malaysia. Dia lahir pada 14 Februari 1946 dan merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Fizik dari Universiti Malaya. | UMUM | |
NAJIB MAHFUZ | Najib Mahfuz (1911– ) ialah penulis Arab yang agung. Dia pernah menerima Hadiah Nobel dalam bidang kesusasteraan pada tahun 1988. Dia lahir di Kaherah dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera pengkhususan dalam bidang Falsafah dari Universiti Kaherah pada tahun 1934. Najib Mahfuz mula bertugas di jabatan kerajaan sehingga dilantik sebagai pengerusi Lembaga Penapis Karya-karya Seni pada tahun 1959. Kemudian dia dilantik sebagai Ketua Jabatan Perfileman pada tahun 1966. Dia juga dilantik menjadi penasihat Menteri Kebudayaan pada tahun 1968 dan turut menjadi penulis akhbar al-Ahram. | UMUM | |
ANIS SABIRIN | ANIS SABIRIN, (1936 - ), penulis. Dia lahir pada 1 Mac 1936 di Johor Bahru, Johor. Anis mendapat pendidikan asas di Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajaran di University of Malaya, Singapura. Pada tahun 1959, dia lulus ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian. Anis memperoleh ijazah Sarjana dalam bidang sains politik, ijazah Sarjana dalam bidang ekonomi dan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi dari Claremont Graduate School, Amerika Syarikat pada tahun 1976. Anis pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai pegawai penyelidik setelah tamat pengajian dari University of Malaya, Singapura, hingga tahun 1967. Anis berhijrah ke Amerika Syarikat apabila menerima tawaran biasiswa Fullbright pada tahun 1967. | SASTERA | Konsep |
ASAD, NASIR AL-DIN AL- | Asad, Nasir al-Din al- (1923– ), sasterawan, sarjana, pengkaji, ahli politik dan pendidik yang berpengalaman. Dia lahir di bandar al-‘Aqabah, Jordan. Dia menyambung pelajarannya di Fakulti Bahasa Arab di al-Quds lalu memperoleh Ijazah kelas dua dan Diploma Pendidikan pada tahun 1943. Kemudian, dia memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang sastera pada tahun 1947, Ijazah Sarjana pada tahun 1951, dan pada tahun 1955, doktor falsafah daripada Universiti al- Azhar. | UMUM | |
ADI BADIOZAMAN TUAH | ADI BADIOZAMAN TUAH (1951- ), penyair. Dia lahir pada 15 Ogos 1951 di Tatau, Bahagian Bintulu, Sarawak. Dia memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dan Diploma Pendidikan daripada Universiti Sains Malaysia pada tahun 1973 dan ijazah Sarjana Pendidikan pada tahun 1979, daripada universiti yang sama. | SASTERA | Konsep |
SAYYAF, ‘ABD RABB AL-RASUL | Sayyaf, ‘Abd Rabb al-Rasul (1365 H.– ?/1945 M. – ?) ialah pejuang Islam dan pengasas jemaah Islam pertama di Afghanistan. Dia lahir di Afghanistan dan mendapat pendidikan awal pada peringkat rendah di Madrasah Buqman. Kemudian dia melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Madrasah Ibn Sina. Seterusnya, dia menyambung pelajaran di Madrasah Abu Hanifah al-Thanawiyyah di Kabul dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1962. Dia berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang syariah daripada Universiti Kabul pada tahun 1967. Selepas itu, dia mendapat Ijazah Sarjana dalam bidang ilmu hadith daripada Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar dengan menulis sebuah tesis bertajuk ‘al-Wad’u fi al-Sunnah wa Juhud al-Ulama’ fi Muqawamatihi’ . Dia dilantik sebagai pensyarah ilmu hadith, ilmu pembahagian harta pusaka dan ilmu bahasa di Fakulti Syariah, Universiti Kabul. Di samping itu, dia juga pensyarah mata pelajaran hadith dan agama di Fakulti Pentadbiran di universiti yang sama. | UMUM | |
ISMAIL HAMID | ISMAIL HAMID, (1939 - ) penyelidik sastera klasik. Dia lahir pada 18 Februari 1939 di Perlis. Setelah tamat persekolahan rendah di Sekolah Melayu, dia meneruskan pelajarannya di Sekolah Arab Alawiyah al-Diniyah, Perlis (1951-1959). Dari tahun 1967 hingga tahun 1970, dia menjadi penuntut di Universiti Malaya hingga mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera. Pada tahun 1972, dia memperoleh ijazah Sarjana Sastera dari Temple University, Philadelphia, Amerika Syarikat. | SASTERA | Tokoh |
JAKOB SUMARDJO | JAKOB SUMARDJO (1939 - ), pengkritik kesusasteraan Indonesia. Dia lahir pada 26 Ogos 1939 di Klaten, Jawa Tengah, Indonesia. Setelah lulus sekolah menengah atas, dia melanjutkan pengajian di Institut Keguruan Ilmu Pendidikan (IKIP) Sanata Dharma, Yogyakarta dalam bidang Sejarah hingga mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1962. kemudian, dia meneruskan pengajian di IKIP Bandung dan mendapat ijazah Sarjana Sastera dalam bidang yang sama pada tahun 1970. Jakob pernah bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Atas St. Angala di Bandung selama beberapa tahun dan sebagai tenaga pengajar di Akademi Seni Tari Indonesia (ASTI), Bandung. | SASTERA | Tokoh |
KASSIM AHMAD | KASSIM AHMAD (1933- ), penyair dan pengkritik sastera. Dia lahir pada 9 September 1933 di Alor Setar, Kedah. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar Baharu, Kedah (1939-1946) hingga lulus Darjah Enam. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Maktab Sultan Abdul Hamid (1947-1954). Kassim mendapat ijazah Sarjana Muda dari University of Malaya, Singapura pada tahun 1959 dan ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1961. | SASTERA | Tokoh |