| PULUT | PULUT, sejenis beras yang lebih berkanji dan melekit yang juga dikenal sebagai beras ketan. Pulut dimasak secara ditanak atau dikukus. Pulut tanak kerap dimakan bersama-sama pengat durian atau di campur dengan bubur kacang seperti yang terdapat di utara Semenanjung Malaysia. Pulut tanak juga boleh dimakan bersama-sama kelapa parut dan ikan kering goreng. | BUDAYA | Makanan |
| TELUR | Telur ialah perkataan yang merujuk kepada telur ikan, moluska, amfibia, dan haiwan-haiwan lain. Biasanya telur demikian dikeluarkan banyak-banyak kerana banyak daripadanya dimakan oleh haiwan akuatik. Telur ini tidak mempunyai cangkerang dan mesti diletakkan dalam air untuk mencegahnya daripada kering. Telur ikan tertentu, terutamanya sturgeon , digunakan untuk membuat kaviar . Lihat juga Ikan (Bagaimana ikan membiak); Kaviar; Salmon (Kehidupan salmon); Sturgeon. Telur. Hampir semua haiwan mengeluarkan telur. Tetapi hanya haiwan tertentu, seperti burung, meneran telur keluar dari badan. Fungsi utama telur untuk mengeluarkan anak. | UMUM | |
| SINGGANG | SINGGANG, sejenis masakan rebusan daripada bahan-bahan seperti lengkuas, serai, bawang putih, asam keping dan kadang-kadang ditambah belacan, manisan dan cili belah. Biasanya ikan digunakan sebagai bahan penting khususnya ikan tongkol atau ikan kayu, ikan tamban dan ikan kembung. Daging juga boleh dibuat singgang seperti yang terdapat di Johor dan bahan-bahan yang digunakan termasuklah ketumbar, cili kering, halia, lada hitam dan bawang merah yang ditumbuk. Singgang juga disebut sebagai pindang. | BUDAYA | Makanan |
| PUPFISH | Pupfish adalah mana-mana satu daripada 30 spesies ikan kecil yang hidup terutamanya dalam mata air dan anak sungai di barat daya Amerika Syarikat dan Mexico. Pupfish mendiami perairan ini sejak Zaman Ais yang terakhir, kira-kira 50 000 tahun dahulu. Pada masa itu, sungai dan tasik meliputi kawasan tersebut, yang sebahagian besarnya adalah gurun. Kumpulan pupfish yang terasing hidup selepas kebanyakan air menjadi kering. Satu spesies, pupfish Devil’s Hole , hidup melebihi 20 000 tahun dalam mata air yang dalam di Kaunti Nye, Nevada, Amerika Syarikat. | UMUM | |
| SERUNDING | SERUNDING, makanan yang diperbuat daripada kelapa bercampur daging atau ikan yang dimasak bersama-sama rempah. Masakan ini halus, kering dan berderai. Bahan utama untuk membuat serunding ialah kelapa yang diparut halus. Kelapa ini dimasak bersama-sama daging yang telah disiat-siat atau bahan-bahan campuran lain serta rempah-rempat seperti ketumbar, jintan, bawang, cili kering, lengkuas, serai dan halia. Bahan-bahan ini dimasak selama tiga atau empat jam sehingga betul-betul kering. | BUDAYA | Makanan |
| SANSEVIERIA | Sansevieria ialah nama bagi 50 spesies tumbuhan berdaun berisi yang berkaitan dengan agave. Satu daripada spesiesnya yang dikenali sebagai Lidah ibu mertua , adalah tumbuhan rumah yang popular yang mempunyai spika lebih kurang 45 sentimeter panjangnya yang bertepi kuning keemasan. Sansevieria tumbuh di kawasan tropika yang kering di Afrika, Madagaskar dan selatan Asia. Daun beberapa spesies membekalkan serat untuk dibuat kasut, jala ikan, tali, dan layar. Pengelasan saintifik. Sansevieria tergolong dalam famili Agavaceae, genus Sensevieria . Lidah ibu mertua ialah S. trifasciata . | UMUM | |
| TASIK GEORGE | Tasik George, terletak di New South Wales, Australia iaitu 32 kilometer di timur laut Canberra. Tasik ini terletak kira-kira 600 meter di atas aras laut. Apabila tasik tersebut dipenuhi air, panjangnya kira-kira 25 kilometer dan lebarnya 10 kilometer dan meliputi suatu kawasan yang seluas 96 kilometer persegi. Tasik tersebut menjadi kering dari semasa ke semasa. Ketika paras hujan tinggi dan penyejatan rendah, Tasik George dipenuhi ikan dan boleh digunakan untuk perlumbaan bot. Pada ketika lain, tebingnya merupakan dataran berumput yang boleh dibajak untuk bercucuk tanam. Untuk lokasinya, lihat New South Wales (peta). | UMUM | |
| MAKANAN SALAI | MAKANAN SALAI, makanan yang dikeringkan dengan cara dipanggang atau diasap di atas api atau bara. Antara makanan yang disalai termasuklah ikan, pisang dan kelapa (kopra). Makanan yang disalai boleh disimpan lama dan boleh dimasak pada bila-bila waktu yang diperlukan. Pisang salai boleh dimakan setelah cukup kering keadaannya | BUDAYA | Makanan |