IKLIM | | UMUM | Umum |
ANTISIKLON | Antisiklon lihat Iklim. | UMUM | |
MESQUITE | Mesquite ialah pokok renek berduri yang tumbuh dalam iklim kering. Pokok renek ini biasa tumbuh di barat daya Amerika Syarikat, Mexico, Hindia Barat dan sebahagian barat Amerika Selatan. Mesquite juga tumbuh di Hawaii. Ia dibawa ke sana oleh mubaligh. Pokok renek ini memerlukan sedikit air. Ia boleh tumbuh di gurun yang terlalu panas dan kering. Cerita-cerita tentang kehidupan di gurun sering menyebut tentang mesquite. | UMUM | |
ARIZONA | Arizona ialah negeri di Barat Daya Amerika Syarikat. Iklim gurun yang panas dan kering menarik perhatian ramai orang. Lebih daripada setengah penduduknya tinggal di Phoenix, ibu negeri dan bandar terbesar di Arizona. Tanah rizab Orang Asli Amerika meliputi kira-kira suku daripada tanah Arizona. Sesetengah Orang Asli Amerika tinggal dalam komuniti yang dibina melebihi 800 tahun dahulu. Ramai orang Amerika keturunan Mexico juga tinggal di Arizona. Pengaruh mereka adalah ketara pada adat resam, makanan, dan nama tempat. | UMUM | |
DELIMA | Delima ialah buah daripada pokok yang ditanam dalam iklim panas. Pokok ini tumbuh liar di barat Asia dan barat laut India. Ia juga ditanam secara komersial di negara-negara yang bersempadan dengan Laut Mediterranean dan di tengah California, Amerika Syarikat. Pokok delima adalah bak pokok belukar apabila ia tumbuh liar, tetapi apabila ditanam, ia tumbuh sebagai pokok kecil. Ia mencapai ketinggian di antara 4.5 hingga enam meter dan mengeluarkan dahan-dahan kurus. Bunganya yang berwarna merah menyala tumbuh di hujung dahannya. | UMUM | |
KACANG DUDUK | Kacang duduk ialah tumbuhan popular yang tumbuh dalam iklim panas. | UMUM | |
AIR MATA JOB | Air mata Job ialah sejenis rumput tinggi yang hidup dalam iklim tropika. Rumput ini dinamai demikian kerana gelembung bak titisan air mata yang mengandungi bijinya yang matang. Rumput ini ada kaitan dengan jagung, dan ditanam di Asia untuk mendapatkan bijirinnya. Di Jepun, bijinya digunakan untuk membuat teh. | UMUM | |
POKOK KURMA | Pokok kurma ialah pokok yang mengeluarkan buah kurma. Pokok kurma hidup subur dalam iklim panas kering. Ia tumbuh di seluruh utara Afrika dan Timur Tengah, dan ia hidup subur di wadi, iaitu tempat yang hanya ditumbuhi beberapa tumbuhan sahaja. Pokok kurma adalah satu daripada tumbuhan tanaman yang paling tua. Peradaban awal mula menanam pokok kurma sekurang-kurangnya 5000 tahun dahulu. Kini, buah kurma masih menjadi makanan penting kepada banyak negara di gurun. | UMUM | |
TAHITI | Tahiti , pulau yang terletak di selatan Lautan Pasifik dan terkenal dengan keindahannya yang eksotik dan iklim tropikanya. Ia adalah pulau yang terbesar di Polinesia Perancis, tanah jajahan Perancis yang terdiri daripada lima buah pulau utama. Tahiti adalah salah sebuah daripada 14 buah Kepulauan Society. Untuk lokasi, lihat Kepulauan Pasifik (peta). Papeete adalah bandar yang terbesar dan pelabuhan utama Tahiti. Bandar ini juga ialah ibu wilayah Polinesia Perancis. | UMUM | |
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA | Jabatan yang menyediakan secara saintifik amaran atau ramalan dan maklumat berhubung dengan cuaca, iklim dan fenomena seismologi di Malaysia. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |