| MAR DEL PLATA | Mar del Plata (pend. 532 845) ialah salah satu bandar peranginan yang terkenal di Argentina. Iklimnya yang nyaman dan pantainya yang cantik menarik lebih daripada dua juta pelancong setiap tahun. | UMUM | |
| PERU | Peru ialah negara ketiga terbesar di Amerika Selatan. Hanya Brazil dan Argentina mempunyai kawasan yang lebih luas. Peru ialah negara yang berbeza sekali landskap dan iklimnya. Negara ini terletak di barat Amerika Selatan, di sepanjang Lautan Pasifik. | UMUM | |
| MIAMI | Miami, Florida (pend. 358 548; pend. kaw. met. 1 937 094) ialah bandar raya peranginan Amerika Syarikat yang terkenal di dunia. Kawasan rekreasinya dan cuaca yang panas menarik ramai pengunjung. Iklimnya yang menyegarkan telah menarik ramai pesara dari seluruh Amerika Syarikat berpindah ke sini. Walau bagaimanapun pada tahun 1990-an, serangan terhadap orang asing yang dilakukan oleh penjenayah tempatan yang mendapat publisiti besar-besaran, telah menjejaskan imej Miami sebagai sebuah pusat pelancongan. Miami terletak di Teluk Biscayne, di pantai tenggara Florida, iaitu di muara Sungai Miami, kira-kira enam kilometer ke barat Lautan Atlantik. | UMUM | |
| SAN FRANCISCO | San Francisco , California, ialah salah sebuah bandar yang paling menarik di dunia dan merupakan pusat kebudayaan, kewangan dan perindustrian yang utama di Amerika Syarikat. Kereta kabel yang bertentangan, pekan China yang mempesonakan, dan bukit-bukaunya memberikan bandar ini daya tarikan yang khusus. Keindahan alam San Francisco serta iklimnya yang sederhana juga membantu memberikan bandar ini reputasi sebagai “bandar kegemaran Amerika.” Bandar ini menarik lebih kurang tiga juta pelancong setiap tahun. | UMUM | |
| PERSENGKETAAN | Persengketaan ialah konflik yang berpanjangan dan kadangkala boleh menyebabkan perbunuhan di antara individu, keluarga, atau kumpulan. Sengketa sering terjadi dalam masyarakat yang kekurangan pasukan polis, agensi penguatkuasaan undang-undang kerajaan, atau bentuk pihak berkuasa pusat yang lain. Persengketaan lazim berlaku di kawasan yang jauh dari pusat penguatkuasaan atau di tempat yang pelaksanaan penguatkuasaan pusat sukar dilakukan kerana rupa buminya yang berceranggah dan iklimnya yang teruk. Selain itu, manusia yang menolak undang- undang sering terlibat dalam persengketaan. Contohnya, persengketaan boleh berlaku di kalangan geng muda bandar dan kumpulan penjenayah. | UMUM | |