| ABU AL-FIDA’, ‘IMAD AL-DIN ISMA‘IL | Abu al-Fida’, ‘Imad al-Din Isma‘il (672 H.–732 H. /1273 M.–1331 M.), ahli sejarah, geografi dan sasterawan. Nama penuh ‘Imad al-Din Isma‘il Abu al-Fida’ ialah Isma‘il ibn Ali ibn Mahmud ibn Muhammad ibn ‘Umar ibn Shahnashah ibn Ayyub. Bapanya pernah memerintah Hamat. Dia pernah bersama-sama bapanya menyertai Perang Salib ketika usianya 12 tahun. Abu al-Fida’ banyak menceburkan diri dalam beberapa bidang lasak seperti ketenteraan di samping memberi perhatian khusus dalam bidang sejarah dan sastera. | UMUM | |
| AWAM IL-SARKAM | | SASTERA | Konsep |
| AL-RASA’IL | Al-Rasa’il ialah satu bentuk ilmu sastera (ilmu prosa) pada zaman dahulu. Ia tergolong dalam ilmu sastera nathri (prosa Arab). Ia mula mendapat tempat dan berkembang pada abad ke-3 dan ke-4 Hijrah. | UMUM | |
| FURU AL-MASA'IL | FURU AL-MASA’IL, kitab fikah. Kitab ini dikarang oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani (1769 – 1847). Kitab ini diterbitkan oleh Matbaat Dar al-Ma’arif, Pulau Pinang (tanpa tarikh) dalam dua jilid yang disatukan. Jilid pertamanya setebal 275 halaman manakala jilid ke duanya setebal 394 halaman. | SASTERA | Penerbitan |
| MUZANNIY, AL- | Muzanniy, al- (175 H.–264 H./791 M.–878 M.), pakar dalam bidang usul fiqh. Nama penuhnya ialah Isma‘il ibn Yahya ibn Isma‘il al-Muzanniy al-al- Syafi’i. Dia lahir di Mesir dan mendampingi Imam al-Syafi’i ketika dia datang ke Mesir serta belajar darinya dan merupakan salah seorang murid Imam al-Syafi’i yang paling hampir dengannya. Imam al- Syafi’i mengiktiraf kekuatan hujah-hujahnya dengan berkata, “Sekiranya al-Muzanniy berbahas dengan syaitan, nescaya syaitan pun akan dikalahkannya”. | UMUM | |
| ABU AL-HASSAN, AL-ASH’ARIY | Abu al-Hassan, al-Ash’ariy (260 H.–324 H./ 873 M.–936 M.) ialah ahli ilmu kalam. Nama penuhnya ialah Abu al-Hassan ‘Ali ibn Isma’il ibn Ishaq ibn Salim ibn Isma’il ibn ‘Abdullah ibn Musa ibn Bilal ibn Abu Musa ibn Bilal ibn Abu Burdah ibn Abu Musa al-Ash’ariy. Dia berasal daripada keturunan seorang sahabat yang terkenal, iaitu Abu Musa al-Ash’ariy. Menurut satu pendapat, dia dinasabkan kepada al-Ash’ariy kerana berketurunan al-Ash’ariy ibn Udad. Tetapi menurut pendapat lain, dia bergelar al-Ash’ariy kerana mempunyai rambut yang lebat ketika lahir. | UMUM | |
| SAFAWIYYAH, KERAJAAN | Safawiyyah, Kerajaan (906–1148 H. / 1500–1735 M.). Kerajaan Safawiyyah muncul di Iran. Pengasasnya ialah al-Shah Isma’il daripada keturunan Syeikh Safiy al-Din al-Ardabiliy (650–735 H./1252–1334 M.). Safiy al- Din dan anaknya Sadr al-Din ialah pengikut ahli Sunnah, begitu juga kumpulan agama yang ditubuhkannya di al-Ardabil. Manakala cucunya, al- Khawaja ‘Ali yang dilantik mengetuai jemaah pada tahun 802 H./1399 M. merupakan penganut fahaman Syi‘ah sederhana. Anak al-Khawaja ‘Ali, iaitu al-Syeikh Ibrahim yang menggantikannya telah menyebabkan berlakunya pertelingkahan antara ahli jemaah (Syi‘ah) dengan pengikut ahli Sunnah di al-Daghistan. Syeikh Haydir yang dilantik menggantikan ayahnya, Syeikh Ibrahim, pada tahun 859 H./1455 M., juga menggunakan pendekatan yang sama. Syeikh Ibrahim telah digantikan oleh tiga orang anak dan anaknya yang bongsu, Isma‘il (908–931 H./1501–1524 M.) ialah pengasas sebenar kerajaan Safawiyyah (dinisbahkan kepada Safiy al-Din al-Ardabiliy). | UMUM | |
| ASHA'IRAH, AL- | Asha’irah, al- ialah pengikut aliran Abu al- Hassan al-Asháriy ‘Ali ibn Isma’il ibn Ishaq (meninggal dunia pada 324 H./935 M.). Dia mempunyai darah keturunan Abu Musa al- Ash’ariy r.a. Lihat Abu al-Hasan al-Ash’ariy. Pada mulanya, dia menganut mazhab Muktazilah. Lihat Muktazilah. | UMUM | |
| TAYMUR, AHMAD | Taymur, Ahmad (1288–1348 H./1871–1930) ialah ulama, sasterawan, ahli sejarah dan pengkaji Mesir. Nama penuhnya ialah Ahmad ibn Isma’il ibn Muhammad Taymur. | UMUM | |
| THA'ALABIY, ABU MANSUR AL- | Tha‘alabiy, Abu Mansur al- (350–429 H./961– 103 M.), sasterawan, ahli bahasa, pengkritik, dan pengarang buku ‘ Yatimah al-Dahr’. Dia lahir di Naisabur. Nama penuhnya ialah ‘Abd al-Malik ibn Muhammad ibn Isma’il Abu Mansur al-Tha‘alabiy. Tha‘alabiy seorang penjual pakaian bulu haiwan dan penjahit kulit musang. Oleh itu, dia digelar al- Tha‘alabiy sebagai satu sandaran kepada pekerjaannya. | UMUM | |