IMBUHAN | Imbuhan ialah morfem terikat yang tidak boleh berdiri sendiri. Imbuhan perlu ditambah pada kata dasar untuk membentuk kata baharu atau kata terbitan. | BAHASA | Konsep |
SISIPAN | imbuhan yang disisipkan di dalam atau di tengah kata dasar untuk membentuk kata baru dengan makna baru dan fungsi baru. | BAHASA | Konsep |
APITAN | Apitan ialah imbuhan yang diletakkan di awal dan di akhir kata dasar untuk menerbitkan kata baru dengan makna baru dan fungsi baru. | BAHASA | Konsep |
AKHIRAN | Akhiran ialah imbuhan yang diletakkan di akhir kata dasar untuk menerbitkan kata baru dengan makna baru dan fungsi baru. Misalnya, kata dasar <I style="mso-bidi-font-style: normal">tulisI> apabila diimbuhkan dengan akhiran <I style="mso-bidi-font-style: normal">–anI>, diterbitkan kata <I style="mso-bidi-font-style: normal">tulisanI> dengan makna <I style="mso-bidi-font-style: normal">hasil penulisanI> dan berfungsi sebagai <I style="mso-bidi-font-style: normal">kata namaI>. | BAHASA | Konsep |
AWALAN | Awalan ialah imbuhan yang diletakkan pada awal kata dasar untuk menerbitkan kata baharu dengan makna baharu dan fungsi baharu. | BAHASA | Konsep |
PERANCANGAN KORPUS BAHASA MELAYU | PERANCANGAN KORPUS BAHASA MELAYU, usaha merancang dan menyelaras ejaan, sebutan, imbuhan, perkataan, tatabahasa, istilah dan kamus untuk bahasa. Perancangan korpus bahasa Melayu bermula sejak adanya individu berusaha membina ejaan, tatabahasa dan menyusun kamus serta istilah untuk bahasa Melayu. | BAHASA | Bahasa |
PERANCANGAN TARAF BAHASA MELAYU | PERANCANGAN TARAF BAHASA MELAYU, usaha mendaulatkan bahasa Melayu. Apabila kita mengambil tindakan secara bersendirian atau berkelompok untuk menjadikan suatu bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi sesebuah negara, atau mengenakan syarat-syarat kepada masyarakat supaya menggunakan suatu bahasa, maka proses itu diistilahkan sebagai proses perancangan taraf bahasa. Sebaliknya, apabila kita menjalankan usaha untuk membentuk atau menyelaraskan ejaan, sebutan, imbuhan, perkataan, istilah, tatabahasa dan menyusun dan menyelaraskan makna perkataan serta penggunaannya, maka proses itu diistilahkan sebagai proses perancangan bahan atau korpus bahasa. | BAHASA | Bahasa |