[im.pot] | ايمڤورت
Definisi : 1. pemasukan barang-barang dr luar negeri: ~ mengatasi eksport; 2. yg dibawa masuk dr luar negeri: barang-barang ~; mengimport 1. membawa masuk terutamanya barang-barang dr luar negeri: negara kita masih ~ beras dr negeri Thai dan Burma; 2. ki membawa masuk sesuatu dr negara atau sumber asing: selepas perang, pihak Amerika telah ~ konsep persaingan secara bebas tanpa ikatan Jepun; penurunan nilai ringgit tidak ~ inflasi; pengimportan perihal (perbuatan) mengimport: menggalakkan ~ bahan makanan; pengimport orang, syarikat, dll yg mengimport. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[im.pot] | ايمڤورت
Definisi : 1 perbuatan membawa masuk barang-barang dagangan dll ke dlm negara; kemasukan barang-barang dagangan dr luar negara: Negara akan mengalami kerugian jika ~ berterusan melebihi eksport. 2 yg dibawa masuk dr luar negara: barang-barang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)