Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.mun] | ايمون

Definisi : (Ubat) terlindung drpd atau tidak dapat diserang oleh sesuatu penyakit tertentu kerana adanya antibodi, inokulasi dsb, lali: ~ terhadap rubela; mengimunkan membuat seseorang imun terhadap sesuatu penyakit atau jangkitan, terutamanya dgn menyuntiknya dgn vaksin, melalikan: mereka sudah diimunkan terhadap cacar; keimunan keupayaan manusia dan haiwan melawan sesuatu penyakit, jangkitan dsb melalui tindakan antibodi atau vaksin: ~ terhadap polio; pengimunan perihal (tindakan, proses dsb) melindungi seseorang drpd penyakit dgn memberi suntikan vaksin, pelalian: program ~ orang ramai terhadap virus hepatitis B. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.mun] | ايمون

Definisi : ist tidak dpt diserang atau dijangkiti sesuatu penyakit kerana adanya antibodi, suntikan pelalian dsb (bkn manusia atau haiwan): ~ terhadap penyakit polio. mengimunkan membuat manusia atau haiwan imun terhadap sesuatu penyakit dgn memberikan suntikan pelalian dsb: Usaha utk ~ kanak-kanak terhadap penyakit campak. keimunan keadaan imun terhadap sesuatu penyakit setelah diberi suntikan pelalian dsb (bkn manusia atau haiwan): ~ terhadap demam kepialu. pengimunan proses atau usaha mengimunkan manusia atau haiwan terhadap sesuatu penyakit dgn memberikan suntikan pelalian dsb: Program ~ terhadap virus hepatitis B utk orang ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata imun


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SISTEM IMUNSistem imun adalah sistem pertahanan semula jadi yang melindungi hidupan (haiwan/manusia) dari jangkitan penyakit. BIOLOGISistem
ANAFILAKSIS

Anafilaksis ialah reaksi sistem imun yang teruk

dan sering kali berlaku secara mendadak ke atas

alergen (bahan asing). Dalam sesetengah keadaan,

pendedahan kepada sesuatu alergen mengakibatkan

kejutan dan kadangkala menyebabkan kematian.

Punca biasa yang menyebabkan anafilaksis ialah

penyuntikan antibiotik ke dalam manusia yang secara

abnormal sensitif terhadapnya. Bagi sesetengah

orang sengatan penyengat boleh juga menyebabkan

anafilaksis. Peningkatan sensitiviti terhadap sesuatu

alergen adalah disebabkan oleh pendedahan

kepadanya sebelum itu, diikuti oleh pengeluaran

antibodi oleh sistem imun.

UMUM 
ANTIGEN

Antigen lihat Sistem imun.

UMUM 
TIMUS

Timus ialah satu organ leper berwarna merah

samar yang memainkan peranan penting dalam

sistem imun tubuh badan manusia. Ia terletak di

bahagian atas rongga dada di belakang tulang

dada dan memanjang ke bahagian bawah leher di

bawah kelenjar tiroid.

UMUM 
ANTIBODI MONOKLONAL

Antibodi monoklonal ialah jenis khusus

molekul protein yang dihasilkan di makmal.

Antibodi yang sama dihasilkan secara semula jadi

oleh sistem imun haiwan dan manusia apabila

bahan seperti bakteria dan virus, menyerang badan

asing. Antibodi boleh meneutralkan bahan ini

dengan melekat pada antigen nya. Antibodi semula

jadi dalam darah terdiri daripada campuran banyak

antibodi yang bertindak balas dengan banyak

antigen dan dengan itu menjadi pertahanan barisan

hadapan badan terhadap penyakit. Tetapi larutan

antibodi monoklonal bertindak ke atas antigen

tertentu dan ia boleh dibuat dengan banyak. Ia telah

menunjukkan harapan dalam penyelidikan

perubatan.

UMUM 
AIDS

AIDS ialah peringkat akhir jangkitan yang

mengancam nyawa akibat virus kurang daya tahan

(HIV). AIDS ialah akronim bagi sindrom kurang daya

tahan penyakit. Nama ini merujuk kepada hakikat

bahawa HIV merosakkan dengan teruk sistem imun

melawan penyakit pada pesakit. Kes AIDS pertama

kali dikenal pasti pada tahun 1981 di Amerika

Syarikat, tetapi penyelidik telah mengesan kes ini

seawal tahun 1959. Berjuta-juta kes AIDS telah

didiagnosis di seluruh dunia.

UMUM 
ANTITOKSIN

Antitoksin ialah bahan yang terdiri daripada sel

hidup yang melawan penyakit yang disebabkan oleh

toksin. Toksin adalah racun yang dihasilkan oleh

organisma kecil seperti bakteria. Doktor

menggunakan antitoksin untuk merawat penyakit,

antara termasuk tetanus (kancing gigi) dan difteria.

Antitoksin adalah sejenis antibodi yang dapat

menyembuhkan atau menghalang penyakit, atau

menjadikannya kurang serius (lihat Sistem imun ).

UMUM 

Kembali ke atas