POWER HOUSE MUSEUM | Power House Museum di Sydney, Australia, mempamerkan barang-barang sains dan teknologi dari zaman lampau Australia. | UMUM | |
SYDNEY OPERA HOUSE | Sydney Opera House di Sydney, Australia dianggap sebagai salah sebuah bangunan yang teragung pada tahun 1900-an. Ia terletak di Bennelong Point, sebuah semenanjung yang menganjur ke Pelabuhan Sydney. Dua buah bumbungnya yang seperti layar kapal itu dengan cangkerang yang tindih-menindih, serta kejuruteraannya yang mengagumkan telah menjadikannya terkenal ke seluruh dunia. Gedung opera ini dapat menampung lebih 6600 orang penonton. Dewan-dewannya menyediakan kemudahan untuk konsert simfoni, opera, drama, balet, filem, resital solo, pameran dan konvensyen. Bumbung cangkerang itu meliputi dua buah dewan pertunjukan yang terbesar dan sebuah restoran. | UMUM | |
COFFEE-HOUSE | | UMUM | |
OIREACHTAS | Oireachtas ialah Parlimen Kebangsaan di Republik Ireland. Mesyuaratnya diadakan di Dublin, iaitu di Leinster House, rumah besar yang dibina pada tahun 1700-an. | UMUM | |
ADDAMS, JANE | Addams, Jane (1860–1935) ialah pekerja sosial dan humanis Amerika. Dia dan Ellen Gates Starr mengasaskan Hull House di Chicago pada tahun 1889. Addams berkongsi Hadiah Novel Keamanan tahun 1931 bersama-sama Nicholas Murray Butler. | UMUM | |
MILNE, A.A. | Milne, A.A. (1882–1956), pengarang Inggeris yang terkenal dengan cerita dan puisi kanak-kanak. Dua buah bukunya, Winnie-the-Pooh (1926) dan The House at Pooh Corner (1928) telah menjadi karya agung kesusasteraan kanak-kanak. | UMUM | |
MUZIUM BRITISH | Muzium British, di London, adalah antara muzium agung kebangsaan yang paling tua. Koleksi yang dipamerkan adalah antara yang terbaik di dunia. Muzium ini ditubuhkan pada tahun 1753 melalui akta Parlimen selepas Sir Hans Sloane, doktor British dan juga ahli botani mewasiatkan kesemua koleksinya kepada negara. Muzium ini dibuka pada 15 Januari 1759, di Montagu House, West End; London. Pada tahun 1847, bangunan baru telah menggantikan Montagu House dan penambahan koleksi telah dilakukan semenjak tarikh tersebut. Muzium British menarik lebih empat juta pengunjung setiap tahun. | UMUM | |
ROTHSCHILD | Rothschild ialah nama keluarga Jerman yang menubuhkan firma perbankan yang terkenal pada akhir tahun 1700-an. Keluarga tersebut membuka beberapa buah bank di beberapa buah negara Eropah pada tahun 1800-an, dan syarikat itu terkenal dengan nama House of Rothschild. Keluarga tersebut juga terkenal dalam bidang industri, politik, kedermawanan, dan sains. | UMUM | |
NASH, JOHN | Nash, John (1752–1835) ialah arkitek dan pereka landskap Inggeris. Di bawah naungan Putera Wales, yang kemudian menjadi Raja George IV, Nash merubah semula pelan Taman Regent di kawasan London menjadi sebuah taman landskap yang luas. Taman ini dibahagikan oleh jalan-jalan yang besar dan disempadani oleh vila di setiap bahagian tepinya. Regent Street, Waterloo Place dan Carlton House Terrace disiapkan antara tahun 1810 hingga tahun 1830. Tetapi rekaannya yang selebihnya ditinggalkan kerana masalah kos. Nash lahir di London. Dia turut mengendalikan beberapa buah projek lain termasuklah Buckingham House (kini Istana Buckingham), Marble Arch dan Brighton Pavillion. | UMUM | |
NERO | Nero (37 M.–68 M.) ialah maharaja Rom yang memerintah dari tahun 54 M. hingga dia meninggal dunia 14 tahun kemudian. Pemerintahannya lebih dikenal dengan kebakaran yang memusnahkan sebahagian besar Rom pada tahun 64 M. Nero membina Golden House, istana yang sangat besar, di tengah-tengah kawasan yang telah terbakar itu. Khabar angin ada menyatakan bahawa Nero memulakan kebakaran supaya dia boleh membina istana tersebut. Tetapi dia menyalahkan orang Kristian, yang ketika itu ialah kumpulan yang tidak popular di Rom, dan membunuh mereka. | UMUM | |