PERIDOT | Peridot ialah batu permata lut sinar yang biasanya berwarna kehijauan kerana kandungan besinya. Peridot ialah sejenis mineral biasa yang membentuk batu-batan yang dikenali sebagai olivin. Tukang emas memotong dan mencanai peridot berkualiti tinggi untuk menghasilkan permata yang mempunyai banyak segi. Peridot yang dipotong dengan cara ini digunakan untuk membuat pelbagai barang kemas yang indah-indah. Peridot yang rendah sedikit mutunya dipotong berbentuk bulat dikenali sebagai cabochon atau dikilatkan dengan empelas dalam proses yang dikenali sebagai tumbling . Batu permata jenis ini hanya digunakan untuk membuat perhiasan kostum dan objek hiasan. Peridot ialah salah satu daripada dua batu kelahiran untuk bulan Ogos. | UMUM | |
KAIN ANTELAS | KAIN ANTELAS, kain yang berkilauan hasil daripada hiasan bahan-bahan logam yang berkilat. Dalam budaya Melayu tradisi, kain antelas selalu dihubungkan dengan kelengkapan pakaian yang indah-indah seperti ‘kain sutera atau satin berkilat-kilat’ dan kain ‘berpanca logam’. | BUDAYA | Kraf Tangan |
NORTHAMPTONSHIRE | Northamptonshire ialah kaunti Inggeris yang kecil yang terdiri daripada kampung-kampung dengan rumah batu yang indah, rumah agam bersejarah, rumah golongan bangsawan, dan gereja yang mempunyai puncak menara zaman pertengahan yang indah. Untuk lokasi Northamptonshire, lihat England (peta politik). Kaunti ini terkenal kerana pengeluaran kasut dan pakaian. Bandar industrinya terletak berhampiran bahagian tengah kaunti ini. Bentuk muka buminya berbeza-beza daripada padang rumput yang luas dan rata di Lembah Nene yang lebih rendah hingga dikelilingi bukit yang landai di bahagian tenggara. | UMUM | |
SWAZILAND | Swaziland ialah negara kecil yang indah di selatan Afrika. Negara jiran di sebelah utara, barat dan selatannya ialah Republik Afrika Selatan, sementara di timur ialah Mozambique. | UMUM | |
DALE | Dale ialah lembah-lembah indah yang sebahagian besarnya terletak di Yorkshire Utara, England. Yang pentingnya, Dale mendapat nama daripada nama sungai yang mengalir melalui kawasannya termasuk Nidderdale, Ribblesdale, Swaledale dan Wharfedale. | UMUM | |
TANJUNG HATTERAS | Tanjung Hatteras ialah tanjung tinggi yang indah yang terletak di hujung tenggara Pulau Hatteras yang menjadi sebahagian daripada Outer Banks. Tanjung ini terletak lebih daripada 48 kilometer ke timur pantai Carolina Utara di Amerika Syarikat (lihat Carolina Utara ). Beting Diamond Shoals berbahaya bagi kapal, hingga tempat ini digelar Perkuburan Atlantik (Graveyard of the Atlantic). Rumah api dan stesen api luar pesisir memberi amaran kepada kapal supaya mengelak kawasan tersebut. Cape Hatteras National Seashore terletak di Tanjung Hatteras. | UMUM | |
KALIGRAFI | Kaligrafi ialah seni tulisan tangan yang indah. Dalam kaligrafi, bentuk hiasan pada huruf lebih penting daripada kejelasan tulisan. | UMUM | |
MALAWI | Malawi ialah negara kecil yang berpemandangan indah di tenggara Afrika. Panjangnya lebih kurang 850 kilometer dan lebarnya dari 80 kilometer hingga 160 kilometer. Malawi terletak di pantai barat Tasik Nyasa, yang dikenali sebagai Tasik Malawi di negara tersebut. Aktiviti gunung berapi purba menyebabkan Malawi mendapat tanah yang subur. Tetapi gunung-ganang, hutan rimba, dan padang ragut yang kasar menyebabkan hanya lebih kurang satu per tiga bumi negara ini sesuai untuk pertanian.
| UMUM | Umum |
AMALFI | Amalfi (pend. 6052) ialah bandar Itali yang indah yang terletak di sebuah tanjung yang menghadap ke Teluk Salerno. | UMUM | |
SANTUBONG | Santubong ialah sebuah perkampungan nelayan yang memiliki pantai yang indah. Ia juga terkenal dengan Gunung Santubong setinggi 2700 kaki dari paras laut, yang menjadi salah satu tarikan pelancong ke negeri Sarawak. Ia juga merupakan kawasan beberapa penemuan arkeologi. Ukiranukiran batu daripada pengaruh Hindu-Buddha telah ditemui di lembangan sungai Santubong. Majoriti penduduknya ialah orang Melayu. | UMUM | |