Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. state of being independent, kebebasan; (of state, country, etc) kemerdekaan: he felt he should be given more ~, dia berasa dia patut diberi lebih kebebasan; intellectual ~, kebebasan intelektual; the colony was granted ~ six years later, tanah jajahan itu diberi kemerdekaan enam tahun kemudian; 2. time when a country obtains political independence, kemerdekaan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata independence


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
INDEPENDENCE HALL UMUM 
SANTA FE TRAIL

Santa Fe Trail ialah salah satu jalan komersial

yang paling panjang di Amerika Syarikat dalam

era prakereta api. Jalan ini bermula di

Independence, Missouri dan berakhir di Santa Fe,

New Mexico, sejauh 1260 kilometer. Karavan

pedagang bergerak ke Council Grove, Kansas dan

terus ke Sungai Arkansas berhampiran Cimarron,

Kansas. Di sana jalan itu berpecah. Satu cabang

menuju ke Sungai Arkansas hingga ke Bent’s Fort

(berhampiran La Junta, Colorado), kemudian

berbelok ke barat daya menyeberangi Segenting

Raton ke hulu Sungai Kanada di New Mexico. Satu

lagi cabang yang dikenali sebagai Cimarron

Crossing, merentasi dataran yang luas dan kering.

Pengembara mengangkut barangan mereka

menggunakan kuda dan kemudian menggunakan

wagon. Santa Fe Trail dibuka pada tahun 1821.

UMUM 
DENAI OREGON

Denai Oregon merupakan jalan darat yang

terpanjang dan terbesar yang digunakan dalam

perluasan wilayah ke arah barat Amerika

Syarikat. Jalan ini berliku-liku sepanjang 3200

kilometer melalui prairi dan gurun dan merentasi

pergunungan dari Independence, Missouri, ke

Barat Laut Pasifik. Malah pada hari ini, pelawat

masih boleh melihat lekuk-lekuk bekas laluan roda

kereta kuda di sepanjang seksyen denai.

UMUM 
IMP

IMP, parti politik. IMP ialah singkatan Independence of Malaya Party atau Parti Kemerdekaan Malaya. Parti ini ditubuhkan pada 16 September 1951 oleh Dato’ Onn bin Ja’afar di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PARTI NEGARA

PARTI NEGARA, parti politik sebelum merdeka.  Parti ini ditubuhkan pada tahun 1954 di Kuala Lumpur oleh Dato' Onn bin Jaafar.  Turut menyokong penubuhan parti ini ialah Datuk Hamzah Abdullah, E.E.C. Thuraisingham, Heah Joo Sieng dan W. MacLeod.  Parti Negara ditubuhkan bertujuan untuk mencapai kemerdekaan pada tahun 1959 dengan sebuah kerajaan sendiri yang dipilih melalui pilihan raya.  Malah parti ini mempunyai struktur, dasar dan matlamat yang sama seperti Independence of Malaya Party (IMP) yang ditubuhkan oleh Dato' Onn sebelum itu.  Keahlian Parti Negara terbuka kepada semua kaum dan bergerak ke arah perpaduan bangsa di Tanah Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKegiatan

Kembali ke atas