| SEKOLAH CONVENT BUKIT NANAS | SEKOLAH CONVENT BUKIT NANAS, sekolah kerajaan. Sekolah ini ada mulanya terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan dibuka untuk murid lelaki dan perempuan. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1899 oleh Mother St. Andre, Sister St. Sabine dan Sister Medeleine, kumpulan mubaligh The Sisters of The Holy Infant Jesus, dari Singapura. Pada mulanya bilangan murid sekolah ini ialah seramai 12 orang iaitu 7 lelaki dan 5 perempuan. Selepas dua tahun, jumlah pelajar telah meningkat kepada 80 orang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| RAZAK MAMAT | RAZAK MAMAT (1949-1991), penulis. Dia lahir pada 1 Mei 1949 di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu, Terengganu. Dia mendapat pendidikan awal di Kuala Terengganu. Dia kemudian menuntut di Institut Teknologi MARA (ITM), Shah Alam, sebelum memasuki Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru, Johor (1971-1972). Razak kemudiannya mengajar di Catholic High School, Melaka. Dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia (USM) dari tahun 1974 hingga tahun 1978 hingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains Sosial. Selepas tamat pengajiannya, dia mengajar di High School, Convent Holy Infant Jesus dan Sekolah Mengenah Munsyi Abdullah, di Melaka. | SASTERA | Tokoh |