INFANTRI | | UMUM | |
RENJER | Renjer ialah unit khusus rejimen infantri dalam pasukan tentera Amerika Syarikat. Pasukan renjer diberi latihan yang lebih keras daripada rejimen infantri lain. Pasukan renjer ditubuhkan pada tahun 1942, semasa Perang Dunia II (1939–1945) di bawah pimpinan Kolonel William O. Darby. | UMUM | |
ZOUAVES | Zouaves ialah askar rejimen infantri tertentu dalam Angkatan Tentera Perancis. Nama Zouave berasal daripada puak Zouaoua Kabyles di Algeria, yang merupakan rekrut Zouaves – Perancis yang pertama pada tahun 1830. | UMUM | |
REJIMEN | Rejimen ialah organisasi tentera yang bertanggungjawab terhadap perumahan dan penyusunan sekumpulan tentera dan peralatannya. Banyak rejimen dibentuk kepada beberapa kumpulan kecil seperti batalion infantri, skuadron (tentera perisai), atau pasukan meriam (artileri). Rejimen infantri mungkin mengandungi sekurang-kurangnya dua batalion semasa aman atau paling ramai 15 batalion semasa perang. | UMUM | |
SENAPANG LANTAK | Senapang lantak ialah senjata api yang digunakan oleh askar infantri sebelum wujudnya raifal yang sempurna. Nama ini pertama kali digunakan di Itali pada tahun 1500-an untuk memerikan pistol yang berat. Ia mungkin berasal daripada perkataan Itali moschetto yang bermakna anak helang atau daripada nama pereka Itali, Moshetta dari Feltro. Sesetengah orang percaya bahawa senapang lantak berasal dari Muscovy, iaitu nama awal Rusia. | UMUM | |
KOMPENI MELAYU | KOMPENI MELAYU, Infantri Sukarelawan Negeri-Negeri Selat. Sebelum pasukan ini ditubuhkan terdapat Singapore Volunteer Rifle Corps yang ditubuhkan pada tahun 1854. Anggotanya terdiri daripada orang Eropah sahaja. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
ANGKATAN TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR | ANGKATAN TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR, pasukan askar yang berkhidmat untuk kerajaan negeri Johor. Pasukan ini disebut juga Johore Military Force dan ditubuhkan pada tahun 1986. Penubuhannya adalah sebagai satu simbol kemerdekaan negeri Johor yang diiktiraf oleh British dalam Perjanjian British-Johor pada 11 Disember 1885. Sultan Abu Bakar menitahkan supaya ditubuhkan satu pasukan infantri yang dinamakan Angkatan Timbalan Setia Negeri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |