Aristides (530?–468? S.M.) yang dikenali sebagai “Just” ialah negarawan dan pemimpin tentera Athens. Dia adalah pesaing kepada Themistocles, yang ingin menjadikan Athens sebagai satu kuasa tentera laut. Aristides berpendapat bahawa memang baik sekali Athens mengekalkan tentera darat yang berkuasa berbanding dengan tentera laut, kerana tentera darat mengalahkan tentera Parsi dalam pertempuran Marathon pada tahun 490 S.M. Isu antara mereka berdua telah diputuskan oleh orang ramai pada tahun 482 S.M. Mengikut adat, orang Athens mengundi sama ada Aristides atau Themistocles harus dinyahkan (dibuang negeri). Setiap pengundi menulis salah satu nama di atas ostrakan (sekeping tembikar). Aristides kalah undi dan dibuang negeri. |