ALIRAN BENDALIR | Sistem terbuka dikenali juga sebagai isipadu kawalan. Dalam analisis aliran secara isipadu kawalan, pertama ditakrifkan sebagai satu rantau atau daerah kajian. Untuk membezakan daerah kajian daripada persekitarannya, maka satu sempadan yang meliputi rantau kajian dilakarkan. Sempadan ini dikenali pula sebagai permukaan kawalan S.Pada permukaan kawalan inilah jisim, tenaga, dan momentum boleh keluar masuk isipadu kawalan tersebut.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
PULAU PANGKOR | PULAU PANGKOR, pulau jajahan negeri Perak yang terletak di Selat Melaka. Di pulau inilah termeterainya satu perjanjian yang dikenal dalam sejarah Malaysia sebagai Perjanjian Pangkor (1874). Perjanjian itu menandakan bermulanya campur tangan pihak British dalam pentadbiran dan pemerintahan negeri Perak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
BURUNG HAWARI | Burung hawari berwarna kelabu atau hitam, bergerak pantas dan berukuran kira-kira 30 sentimeter panjang. Burung ini berasal dari Australia. Hawari merayau-rayau di hutan, memakan serangga dan biji-bijian. Burung Hawari bergerak dalam kumpulan sebanyak kira-kira 12 ekor. Disebabkan inilah burung ini diberi nama sempena dengan nama hawari dalam Bible – 12 orang pengikut Jesus Christ. | UMUM | |
KAWASAN LINDUNGAN HUJAN | Kawasan lindungan hujan berlaku apabila laluan angin daratan yang lembap disekat oleh banjaran gunung. Ketika angin menaik untuk melintasi gunung, hujan turun di dataran pantai dan lereng gunung. Angin yang kering kemudian bertiup ke arah pedalaman tetapi hanya sedikit hujan turun selepas banjaran gunung. Kawasan kering yang terletak selepas pergunungan inilah yang dikenali sebagai kawasan lindungan hujan. | UMUM | |
RIGA | Riga (pend. 875 000) ialah ibu negara dan bandar terbesar di Latvia. Riga ialah pusat perkapalan yang penting, dan lebih separuh keluaran industri Latvia dihasilkan di bandar ini. Bandar ini juga menjadi pusat kebudayaan dan politik Latvia selama beratus-ratus tahun. Bandar ini terletak di hujung selatan Teluk Riga, dan melalui bandar inilah Sungai Dvina Barat (Daugava) mengalir masuk ke teluk tersebut. Untuk lokasi, lihat Latvia (peta). Di bandar ini, kompleks perumahan moden membangun di sekeliling gereja dan rumah-rumah saudagar yang cantik, yang dibina pada Zaman Pertengahan. | UMUM | |
PUTERI JAMILAN | PUTERI JAMILAN, gelaran yang dipusakai turun-temurun dan dipegang oleh bonda permaisuri Pagarruyung dan Suruasso di Minangkabau, Sumatera, Indonesia. Melalui gelaran Puteri Jamilan inilah kedua-dua takhta kerajaan ini disahkan. Gelaran Puteri Jamilan diwariskan daripada emak kepada anak perempuan yang sulung. Berdasarkan sumber dari Eropah pada abad ke-17 dan ke-18, gelaran Puteri Jamilan menyamai gelaran “Bundo Kanduang’ (bonda kandung) dalam cerita Minangkabau yang terkenal iaitu Kaba Cindo Mato. Kedua-duanya adalah bonda kepada raja Pararruyung dan status mereka adalah lebih tinggi daripada anak lelaki mereka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ADAT PERTABALAN SULTAN TERENGGANU | ADAT PERTABALAN SULTAN TERENGGANU, upacara menabalkan Sultan Terengganu yang baharu bagi menggantikan sultan yang mangkat. Mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu 1911, telah ditetapkan bahawa Negeri Terengganu juga mempunyai seorang waris ganti yang bakal menjadi raja yang diberi gelaran Yang Dipertuan Muda. Waris inilah yang akan diangkat menjadi sultan jika sultan yang ada mangkat. | BUDAYA | Konsep |
ABDUL HADI W.M | ABDUL HADI W.M (1946- ), penyair sufi Indonesia. Dia banyak memberi kuliah dan ceramah di beberapa tempat di Malaysia dan pernah dilantik sebagai Ahli Cipta pada tahun 1991 di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Kesempatan inilah digunakannya untuk meraih gelaran Doktor Falsafahnya. | SASTERA | Konsep |
ZIONISME | Zionisme ialah satu gerakan politik penjajah yang dinisbahkan kepada (dinamakan sempena) orang Yahudi yang mempunyai sifat fanatik perkauman. Gerakan ini ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah orang Yahudi serta membuka jalan kepada mereka untuk kembali ke tanah air asal mereka serta berhijrah ke Palestin, yang mereka dakwa sebagai tanah air mereka yang sah dari segi sejarah dan agama. Atas keinginan inilah, mereka bergerak cergas bermetodekan penjajahan untuk mendirikan negara Yahudi di Palestin. | UMUM | |
BRUCE, STANLEY | Bruce, Stanley (1883–1967), Lord Bruce of Melbourne, berkhidmat sebagai perdana menteri Australia dari tahun 1923 hingga tahun 1929. Inilah tempoh paling tenang dan makmur dalam sejarah Australia. | UMUM | |