PROLAPS INJAP MITRAL | Prolaps injap mitral kadangkala dikenali sebagai MVP, ialah gangguan injap jantung yang lazim berlaku. Injap mitral terletak di antara atrium kiri dan ventrikel kiri jantung. Injap ini mempunyai dua penutup yang mengawal aliran darah. MVP berlaku apabila salah satu atau kedua-dua penutup ini membesar atau mempunyai lebihan tisu. MVP lazimnya tidak berbahaya. Namun, komplikasi yang lebih teruk mungkin berlaku, antaranya darah beku di dalam otak dan suatu jangkitan yang dikenali sebagai infective endocarditis yang melibatkan injap mitral dan injap-injap lain. MVP lebih kerap berlaku pada wanita berbanding lelaki. Lazimnya gangguan ini berlaku disebabkan faktor keturunan. | UMUM | |
INJAP KESELAMATAN | | UMUM | |
INJAP | | UMUM | |
KUPANG | Kupang ialah haiwan air yang badan lembutnya di dalam cangkerang keras. Kupang hidup dalam laut dan dalam air tawar. Cangkerangnya terdiri daripada dua keping cangkerang dan dinamakan injap. Injap ini dicantumkan oleh sendi dan boleh dibuka dan ditutup. | UMUM | |
DERUAN JANTUNG | Deruan jantung ialah bunyi yang tidak normal pada denyutan jantung seseorang. Deruan organik ialah gejala penyakit jantung. Ia terjadi apabila darah mengalir melalui injap jantung yang cacat atau merentasi kecacatan di antara kebuk jantung. | UMUM | |
ALIRAN GELORA | Salah satu perkakas hambatan hakisan yang sering digunakan pada sesuatu rentetan tetiub. Gandingan aliran tetiub lazimnya dipasang pada bahagian sebelah atas dan sebelah bawah suatu komponen subpermukaan tambahan rentetan tetiub. Komponen subpermukaan tambahan rentetan tetiub yang perlu dipasang dengan gandingan aliran terdiri daripada beberapa bahagian, iaitu injap keselamatan subpermukaan, puting mendarat, dan sarung gelangsar......Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
GANDINGAN ALIRAN TETIUB | Salah satu perkakas hambatan hakisan yang sering digunakan pada sesuatu rentetan tetiub. Gandingan aliran tetiub lazimnya dipasang pada bahagian sebelah atas dan sebelah bawah suatu komponen subpermukaan tambahan rentetan tetiub. Komponen subpermukaan tambahan rentetan tetiub yang perlu dipasang dengan gandingan aliran terdiri daripada beberapa bahagian, iaitu injap keselamatan subpermukaan, puting mendarat, dan sarung gelangsar....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
MELOFON | Melofon ialah sejenis alat muzik bras melengkung yang menyerupai hon Perancis. Pemainnya menghasilkan not dengan meniup ke dalam mouthpiece berbentuk cawan dan menggetarkan bibirnya. Pemainnya menukar not dengan cara mengubah-ubah tegangan bibir dan penjarian tiga injap alat ini. | UMUM | |
AMPLIFIER MAGNET | Amplifier magnet,juga dikenali sebagai reaktor boleh tepu, ialah alat yang digunakan untuk mengawal kuasa elektrik yang besar. Ia digunakan apabila arus elektrik terlalu besar atau keadaan lain terlalu teruk bagi amplifier transistor atau injap. Contohnya, amplifier magnet selalu digunakan untuk mengawal kelajuan motor elektrik yang besar ataupun kecerahan lampu-lampu landasan di lapangan terbang. | UMUM | |
ORGAN TANGAN | Organ tangan ialah nama umum untuk beberapa jenis alat muzik yang menghasilkan muzik apabila pemainnya memutar hendalnya. Jenis yang paling umum ialah organ putar, atau organ piano, yang dimainkan oleh pemuzik jalanan. Alat ini terdiri daripada sebuah kotak yang mengandungi paip atau pipit lelidah logam dan silinder, yang dikenali sebagai tong, di mana pancang disusunkan. Apabila tong dipusing, pancang akan membuka injap pada paip tertentu. Putaran tersebut akan menyebabkan asakan masuk udara ke dalam paip yang terbuka lalu mengeluarkan muzik. | UMUM | |