Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : make inquiries, a. more commonly make enquiries, ask questions, bertanya-tanya: he made some inquiries regarding the possibility of setting up a factory there, dia bertanya-tanya ttg kemungkinan mendirikan kilang di situ; b. investigate, menyiasat: the police are making inquiries into his activities, polis sedang menyiasat kegiatannya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. act of, a. (asking) pertanyaan, bertanya: all our letters of ~ went unanswered, semua surat pertanyaan kami tdk dijawab; you can only find out by ~, kamu hanya akan dapat tahu jika kamu bertanya; on ~, we discovered that they had left town, apabila bertanya, kami mendapati bahawa mereka telah meninggalkan bandar itu; b. (investigating) penyiasatan: a commission of ~, suruhanjaya penyiasatan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. more commonly enquiry, question, pertanyaan: the information desk deals with hundreds of inquiries everyday, meja penerangan itu melayani beratus pertanyaan setiap hari; in answer to your ~..., utk menjawab pertanyaan tuan...; this was what I found out in my inquiries, inilah yg saya dapat semasa membuat pertanyaan; 2. (investigation) siasatan; (research) penyelidikan: there is to be an ~ into the matter, siasatan akan diadakan ttg perkara itu; the scientific method of ~ must be applied, kaedah penyelidikan yg saintifik mesti digunakan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata inquiry


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SMITH, ADAM

Smith, Adam (1723–1790), pengasas ekonomi

moden. Buku Smith yang terpenting ialah The

Wealth of Nations (judul penuh: An Inquiry into the

Nature and Causes of the Wealth of Nations). Buku

yang diterbitkan pada tahun 1776 ini ialah karya

lengkap yang pertama tentang ekonomi politik.

Buku ini membincangkan perhubungan antara

kebebasan dan ketenteraman, menganalisis proses

ekonomi, dan menyelar sekatan yang dibuat oleh

sistem merkantil British terhadap perdagangan

bebas (lihat Merkantilisme). Ketiga-tiga aspek ini

disulam bersama untuk membentuk teori sosial

yang seragam.

UMUM 
MYRDAL, GUNNAR

Myrdal, Gunnar (1898–1987) ialah ahli sosiologi

dan ekonomi Sweden. Dia terkenal melalui

kajiannya tentang masalah utama dunia. Bukunya,

An American Dilemma: The Negro Problem and

Modern Democracy (1944) dianggap sebagai

kajian yang luar biasa tentang hubungan ras di

Amerika Syarikat. Kajian Myrdal tentang

pembangunan sosial dan ekonomi negara-negara

mundur telah menghasilkan penulisan berjudul

Asian Drama: An Inquiry into the Poverty of

Nations (1968). Buku itu cuba menghuraikan punca

terlalu ramai penduduk miskin di bahagian

selatan Asia dan tindakan yang boleh dilakukan.

UMUM 

Kembali ke atas