INSTITUSI KEWANGAN | Institusi kewangan, institusi yang menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan dengan kewangan kepada unit-unit ekonomi isi rumah dan kerajaan. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Institusi/Organisasi |
BANK PEMBANGUNAN ASIA | Bank Pembangunan Asia ialah institusi kewangan bagi negara membangun di Asia Pasifik yang beribu pejabat di Manila, Filipina. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Institusi/Organisasi |
BANK | Bank, institusi yang menjalankan perniagaan perbankan. Istilah ini juga merujuk kepada Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan mengikut Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA – Banking and Financial Institution Act 1989), Perkara 2(1). | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Institusi/Organisasi |
KEMENTERIAN KEWANGAN | Kementerian Kewangan, agensi yang bertanggungjawab memastikan negara mencapai pertumbuhan dan pembangunan ekonomi. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
BAITULMAL | Baitulmal ialah badan berlandaskan syariah yang bertanggungjawab menyimpan atau mengurus kewangan dan harta benda dalam negara Islam. Dari segi bahasa, baitulmal bermaksud rumah harta. Dari segi istilah ia bermaksud satu institusi yang menyimpan hasil pendapatan negara dan kemudian mengagihkannya kepada yang berhak. | AGAMA | Institusi/Organisasi |
INDUSTRI BERAT | Industri berat, kegiatan ekonomi yang melibatkan penggunaan sumber pengeluaran dalam bentuk fizikal, kewangan dan infrastruktur yang banyak. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Institusi/Organisasi |