SENANDUNG | Senandung ialah gubahan muzik yang mengandungi kedua-dua bentuk instrumental dan vokal. Bentuk instrumental lebih penting dalam sejarah muzik. Ia mengandungi koleksi banyak pergerakan (bahagian) pendek yang digarap untuk kumpulan kecil alat petikan, alat tiupan atau kedua- duanya. Pergerakannya mungkin termasuk rentak mac dan minuet. Alatan senandung dibentuk sebegitu rupa pada akhir tahun 1700-an. | UMUM | |
OVERTUR | Overtur ialah sejenis instrumental muzik yang digubah untuk dimainkan dalam karya muzikal yang lebih panjang, terutamanya opera. Sesetengah overtur, yang dikenali sebagai overtur konsert , sering dipersembahkan sebagai gaya instrumental muzik tersendiri. | UMUM | |
SONATA | Sonata ialah gubahan instrumental yang mengandungi beberapa pergerakan. Sesebuah sonata mempunyai kontras tempo dan kekunci, tetapi pergerakannya adalah berkaitan antara satu sama lain dari segi pemikiran. Sonata yang digubah selepas pertengahan tahun 1700-an mengandungi tiga atau empat pergerakan. Sonata klasik biasa bermula dengan alegro yang hebat (pergerakan rancak). Pergerakan kedua perlahan, berirama, dan berlirik. Pergerakan ketiga yang hanya merupakan pilihan, biasanya ringan dan lemah gemalai, dan mungkin dalam bentuk tarian atau scherzo (gurauan). Pergerakan terakhir atau finale mengikut rentak rancak dan riang. Lihat juga Muzik klasik (Bentuk sonata). | UMUM | |
ORFF, CARL | Orff, Carl (1895–1982) ialah penggubah dan pendidik muzik Jerman. Dia menghasilkan karya utamanya untuk pertunjukan pentas. Karyanya menggabungkan muzik instrumental, nyanyian, dan gerak isyarat dan tarian dalam suatu kesatuan persembahan. Muzik Orff menekankan sesuatu yang ringkas seperti melodi dan harmoni rakyat. Dia menggunakan peralatan perkusi untuk menghasilkan rangsangan irama yang bertenaga. Orff menggunakan skala Oriental dan Zaman Pertengahan serta teks dalam beberapa bahasa yang dinyanyikan secara serentak. | UMUM | |
TCHAIKOVSKY, PETER ILICH | Tchaikovsky, Peter Ilich (1840–1893) ialah penggubah Rusia yang pertama memperoleh kemasyhuran dunia. Dia merupakan tokoh pengorkestraan yang mempunyai bakat yang sangat unggul dalam menggabungkan bunyi instrumental dan mencapai kesan orkestra yang merangsangkan. Dia juga memiliki bakat mengarang melodi yang sangat istimewa. Tchaikovsky biasanya diperikan sebagai penggubah muzik yang pada dasarnya penuh kehibaan. Kebanyakan muziknya sangat menghibakan, terutama gerak terakhir dalam Symphony No. 6 yang digubahnya. Walau bagaimanapun, dia juga mengarang muzik yang penuh semangat, seperti Marche Slave dan overtur “1812”; muzik lirik seperti dalam puisi simfoni Romeo dan Juliet ; muzik balet yang bertenaga seperti dalam Nutcracker Suite ; dan simfoni yang berkesan. | UMUM | |
STRAUSS, RICHARD | Strauss, Richard (1864–1949) ialah penggubah muzik Jerman. Dia terkenal kerana siri opera gubahannya yang berdasarkan libreto (perkataan) penyair Austria, Hugo von Hofmannsthal. Strauss juga terkenal sebagai penggubah lagu dan karya instrumental, serta sebagai pemimpin orkestra. | UMUM | |
MUZIK POPULAR | Muzik popular ialah muzik yang mendapat tempat di hati orang ramai iaitu muzik yang dinikmati oleh sebilangan besar penduduk. Istilah ini sering digunakan untuk membezakannya daripada muzik klasik. Muzik klasik adalah satu bentuk seni yang dipelajari, dan ciptaan yang agak rumit dipersembahkan oleh pemain instrumental solo, kuartet bertali, orkestra simfoni, dan sebagainya. Sesetengah orang merasakan bahawa muzik popular mudah dan menghiburkan sementara muzik klasik pula serius, begitu halus, atau sukar dinikmati. Walau bagaimanapun lagu popular seperti “Eleanor Rigby” oleh John Lennon dan Paul McCartney, adalah serius dan agak rumit, dan banyak karya klasik seperti Eine Kleine Nachtmusik karya Mozart, simfoni-simfoni Tchaikovsky, atau Bolero karya Ravel dikenali dan digemari oleh berjuta-juta pendengar. Malah sesetengah muzik klasik seperti beberapa karya piano Chopin telah diadaptasikan sebagai lagu popular. | UMUM | |
GENDANG KELING | GENDANG KELING, persembahan muzik instrumental yang popular di Kedah dan Perlis. Istilah gendang keling merupakan singkatan daripada ‘gendang keliling’. Biasanya, gendang keling dipersembahkan dalam upacara edaran hidup seperti majlis berkhatan dan perkahwinan. | BUDAYA | Alat/Alatan |
BAKAT TV | BAKAT TV, pertandingan bagi mencungkil bakat baharu dalam semua bidang hiburan yang dibuat secara tahunan oleh Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). Bakat TV dimulakan pada tahun 1970 dan berakhir pada tahun 1981. Selepas itu, Bakat TV ditukar bentuk menjadi Bakat RTM. Pada tahun 1970, semua jenis bakat digabungkan dalam satu pertandingan iaitu nyanyian solo, nyanyian berpadu suara, solo instrumental, pancaragam, aneka persembahan (silap mata, mimik dan lawak jenaka), dan disiarkan di televisyen secara bersiri. | BUDAYA | Kegiatan |