Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.ti] | اينتي

Definisi : 1. isi (drpd gula, kelapa, dll) yg terdapat dlm kuih (spt karipap dll); ~ udang isi kuih yg dibuat drpd udang; 2. benda yg menyerupai inti; ~ sanggul isi sanggul (supaya nampak besar); 3. isi yg terpenting (dr sesuatu perkara), pati, sari: ~ perselisihan; soal kerjasama merupakan ~ perbincangan dlm mesyuarat itu; berinti berisi inti: lepat ubi yg tidak ~; kuih pau ~ kacang merah; berintikan mempunyai sesuatu sbg inti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.ti] | اينتي

Definisi : 1 isi yg terdapat dlm kuih yg dibuat drpd gula, kelapa dll. 2 ki bahagian yg terpenting drpd sesuatu; isi yg penting atau terutama: Apakah ~ perbincangan kita ini? ayat ~ salah satu drpd empat bentuk ayat yg paling sederhana sbg dasar terbentuknya ayat-ayat lain yg tidak terhitung jumlahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
inti (kata nama)
Bersinonim dengan isi, ramuan.,

Puisi
 

Kelapa muda muda juga,
     Kelapa tua dibuat inti;
Suka suka juga,
     Sembahyang kita jangan dihenti.


Lihat selanjutnya...(10)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH AL-FIL

Surah al-Fil ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-105 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi lima ayat.

Surah ini dinamakan al-Fil (gajah) kerana inti pati

perbincangan utama dalam surah ini adalah

berkaitan dengan gajah yang digunakan untuk

meruntuhkan Kaabah.

UMUM 
LIMAPULUH KOTO

LIMAPULUH KOTO, salah satu daerah inti kebudayaan Minangkabau atau disebut juga Luak nan Tigo iaitu Agam di sekitar kota Bukittinggi, Tanah Datar di sekitar kota Batu Sangkar dan Limapuluh Koto  di sekitar kota Payahkumbuh. Pada masa pemerintahan Belanda, Luak nan Tigo, termasuk Limapuluh Koto disebut padangsche bovenlanden, iaitu daerah yang berbukit-bukau dan bergunung-ganang. Sebagai daerah inti kebudayaan Minangkabau, penduduk Limapuluh Koto mengamalkan sistem adat Koto Piliang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SURAH AL-‘ASR

Surah al-‘Asr ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-103 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi tiga ayat.

Surah ini dinamakan al-’Asr (masa) kerana pada

awal surah ini Allah taala bersumpah dengan masa.

Surah al-‘Asr sangat ringkas dan terang. Inti sari

kandungannya menerangkan sebab kebahagiaan

dan kecelakaan manusia, kejayaan dan kerugian

atau kehancuran dalam hidupnya semasa di dunia.

UMUM 
DAULAT

DAULAT, kuasa, kerajaan, empayar, dinasti yang memerintah, pemerintahan negara atau negeri. Daulat berasal daripada kata Arab, ‘daulatun’. Dalam konteks kerajaan, daulat menjadi inti kepada hak individu dan kelompok untuk membolehkan mereka melaksanakan kuasa dan wibawa untuk memerintah. Apabila dihubungkan dengan politik pemerintahan, daulat menjadi unsur pengiktirafan secara lisan, kepercayaan atau tulisan (piagam atau perlembagaan) kepada individu atau kelompok bagi melaksanakan atau menegaskan kuasa atau wibawa terhadap anggota masyarakat sesebuah negeri atau negara.

     

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
CERITA PANJI

CERITA PANJI, cerita roman atau pengembaraan yang berasal dari Jawa. Inti cerita panji berpusat pada dua buah kerajaan Jawa kuno iaitu Kuripan dan Daha dengan watak utamanya Raden Inu Kertapati dan Raden Galuh Cendera Kirana. Cerita ini lahir pada Zaman Jawa Tengahan, iaitu pada zaman kegemilangan dan kemerosotan kerajaan Majapahit di Jawa Timur. Meskipun terdapat cerita panji Melayu, Siam dan Kemboja, tetapi perbezaannya terletak hanya pada bahasanya, sedangkan ceritanya hampir tidak berbeza daripada cerita panji Jawa.

           

SASTERAKonsep

Kembali ke atas