Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ipoh


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
IPOH UMUM 
MAJLIS BANDAR RAYA IPOH

Majlis Bandar raya Ipoh (MBI), pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan perancangan Bandar raya Ipoh, ibu negeri Perak dan bandar keempat terbesar di Malaysia.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
POKOK IPOH

Pokok ipoh ialah sejenis pokok hutan besar

yang tumbuh di bahagian tenggara Asia dan

Indonesia. Penduduk tempatan mencampurkan

susu getahnya yang beracun dengan racun

tumbuh-tumbuhan lain untuk disapukan pada

hujung anak panah dan damak.

UMUM 
M. JEGATHESAN, DATO’ DR.

M. Jegathesan, Dato’ Dr. (1943– ), atlet dan

olahragawan Malaysia. Nama penuhnya ialah

Manikavasagam Jegathesan. Dia lahir pada 2

November 1943 di Ipoh, Perak dan mendapat

pendidikan di Sekolah Kebangsaan Batu Road, dan

melanjutkan pelajaran di Victoria Institution Kuala

Lumpur. Pada tahun 1956, dia menyambung

pelajaran di Sekolah Anglo Chinese, Singapura.

Pada tahun 1961 hingga 1967, dia memasuki

Universiti Singapura dan memperoleh ijazah dalam

bidang perubatan. Pada tahun 1971, dia

menyambung pelajaran di England dan

memperoleh diploma Patologi.

UMUM 
SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMANSEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, sekolah menengah berasrama penuh. Sekolah ini terletak di jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak. Sekolah ini sebenarnya bermula dengan penubuhan Sekolah Menengah Melayu Ipoh dan ditubuhkan pada bulan Januari 1957.   Sekolah ini telah ditempatkan untuk sementara waktu di Baeza Avenue Off Jalan Ashby, Ipoh.  Bilangan pelajar pengambilan pertama ialah seramai 600 orang yang terdiri daripada pelajar lelaki. Sebanyak lima buah kelas telah dibuka dengan tenaga pengajarnya seramai 15 orang.  Pada tahun yang sama, kelas peralihan dibuka untuk seramai 160 orang pelajar.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
M. RAJAMANI

M. Rajamani (1943– ), atlet dan olahragawati

Malaysia. Dia lahir pada 11 November 1943 di

Tapah, Perak. Dia menerima pendidikan di Tapah

Government English School dan Sekolah Menengah

Raja Perempuan di Ipoh, Perak.

UMUM 
CHANG MIN TAT, TAN SRI DATUK

Chang Min Tat, Tan Sri Datuk (1916 - 2007), bekas Hakim Mahkamah Persekutuan. Beliau dilahirkan di Ipoh pada bulan April 1916 dan menerima pendidikan awal di St. Michael’s Institution, Ipoh sebelum melanjutkan pelajaran di Raffles College, Singapura.

UNDANG-UNDANGTokoh
DAHARI ALI

DAHARI ALI (1932-1986), wartawan dan Setiausaha Agung Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang pertama. Dia lahir pada 3 Jun 1932 di Ipoh, Perak. Nama penuhnya ialah Mohamed Dahari bin Haji Mohamed Ali. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Anderson, Ipoh, Perak.

   

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
LATLAT, Dato’ (1951-    ), kartunis. Dia lahir pada 5 Mac 1951 di Kampung Lalang, Kota Baharu, Perak. Nama sebenarnya ialah Mohd. Nor Khalid. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota Baharu, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Pasir Puteh, Ipoh dan Sekolah Menengah Anderson, Ipoh hingga tamat Tingkatan Lima pada tahun 1969.BUDAYATokoh
C.M.YUSUF, TAN SRI

C.M. YUSUF,  Tan Sri (1907-1975), Speaker Dewan Rakyat (1964-1974). Dia lahir pada 3 Mac 1907 di Ipoh, Perak.  Nama sebenarnya ialah Chik Mohamed Yusuf bin syekh Abdul Rahman.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Anderson, Ipoh (1912-1924).  Pada tahun 1925, dia melanjutkan pelajarannya di Newton College School, Devon, United Kingdom.  Dia meneruskan pelajarannya dalam bidang undang-undang di Exeter College, Oxford University hinggamemperoleh ijazah pada tahun 1933 dan kemudian di Inner Temple, London (1934-1938).

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
1234

Kembali ke atas