LAUT IRISH | | UMUM | |
ROYAL IRISH ACADEMY | Royal Irish Academy ialah pertubuhan ilmu yang utama di Ireland. | UMUM | Umum |
KAUNTI DOWN | Kaunti Down ialah salah sebuah daripada enam buah kaunti di Ireland Utara. Kaunti ini terletak di antara serokan laut Belfast Lough dan serokan laut Carlingford Lough, dan dikelilingi Laut Irish di sebelah tenggara. | UMUM | |
ARNE, THOMAS | Arne, Thomas (1710–1778), penggubah lagu Inggeris. Dia menulis lagu patriotik “Rule, Britannia”. Drama dan baladanya yang diiringi dengan muzik amat penting dalam perkembangan opera balet. Arne bersama-sama Isaac Bickerstaff, seorang penulis drama Irish, bekerjasama menghasilkan balada seperti Love in a Village . Arne menulis banyak latar lagu muzik dari lakon Shakespeare, seperti “Where the Bee Sucks” dari lakon The Tempest. Thomas Arne lahir di London. | UMUM | |
MERSEYSIDE | Merseyside ialah wilayah di barat laut England. Ia merupakan kaunti metropolitan dari tahun 1974 hingga tahun 1986. Ia dinamakan sempena nama Sungai Mersey. Kuala Sungai Mersey mengalir menerusi Merseyside di barat laut England dan terus memasuki Laut Irish (Ireland). | UMUM | |
SLIEVE DONARD | Slieve Donard ialah puncak tertinggi di Pergunungan Mourne di Down, Ireland Utara. Tingginya ialah 852 meter di atas aras laut. Pada hari yang cerah, Pergunungan Donegal di barat, Pergunungan Wicklow di selatan, dan Isle of Man di Laut Irish dapat dilihat dari puncak Slieve Donard. Nama puncak ini diambil sempena nama seorang santo pada tahun 400 M. | UMUM | |
SHAMROCK | Shamrock ialah sejenis herba kecil yang daunnya terdiri daripada tiga anak daun. Ia ialah simbol kebangsaan Ireland. Mengikut legenda, Saint Patrick menanam Shamrock di Ireland kerana ketiga-tiga anak daunnya menggambarkan Triniti Suci. Ramai orang Ireland memakai shamrock pada Hari Saint Patrick. Shamrock berasal daripada perkataan Irish yang bermakna trefoil (tiga daun). | UMUM | |
DEE | Dee ialah nama lima batang sungai di Britain atau di Ireland. Sungai yang paling terkenal berpunca dari Tasik Bala, Gwynedd, Wales, mengalir melalui Clwyd dan kemudiannya membentuk sebahagian sempadan Wales dengan England. Sungai ini terus mengalir melalui Cheshire sebelum mengalir masuk ke Laut Irish. Panjang sungai ini lebih kurang 110 kilometer. | UMUM | |
PARTI TORY | Parti Tory ialah parti politik konservatif di Great Britain. Istilah ini berasal daripada perkataan Gaelik yang bererti diburu atau orang yang diburu dan digunakan pada pertengahan tahun 1600-an untuk merujuk kepada penjahat Irish. | UMUM | |
SELAT SAINT GEORGE | Selat Saint George ialah cabang selat di Lautan Atlantik yang memisahkan Wales dari bahagian selatan Ireland. Panjangnya lebih kurang 160 kilometer dan lebarnya antara 97 kilometer dan 160 kilometer. Selat ini bermula dari Holyhead dan Dublin hingga ke St. David’s Head, menyambungkan Laut Irish dengan Lautan Atlantik. | UMUM | |