ISHAK HAJI MUHAMMAD, DATO' | ISHAK HAJI MUHAMMAD, Dato’ (1909-1991), sasterawan dan wartawan. Dia lahir pada 24 September 1090 di Kampung Buntut Pulau, Mukim Perak, Temerloh, Pahang. Semasa kecil, dia dinamakan Awang Ahmad bin Haji Haji Muhammad. Dia juga dikenal dengan nama Pak Sako. Pak Sako adalah nama samaran yang paling popular yang digelar oleh orang Jepun yang menyebut “Ishak” dengan pelat “Isako”. Nama pena Ishak yang lain ialah Isako San, Anuar, Hantu Raya, Tok Siak, Pak Pandir Moden, dan Nenek Kebayan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
KESATUAN MELAYU SINGAPURA | KESATUAN MELAYU SINGAPURA, sebuah badan yang memperjuangkan hak orang Melayu. Kesatuan Melayu Singapura (KMS) ditubuhkan pada tahun 1926 dengan Mohd. Eunos Abdullah sebagai presiden yang pertama. Keanggotaan KMS terdiri daripada pegawai kerajaan, guru dan wartawan. Mereka ialah Embok Sooloh, Tengku Kadir, Abdul Samad Pagak, Daud Md. Shah, Manan Ali, Yusof Ishak, Ishak Haji Muhammad dan Abdul Hamid Jumat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PUTERA GUNUNG TAHAN | PUTERA GUNUNG TAHAN, novel karya Ishak Haji Muhammad. Novel ini diterbitkan pada tahun 1938 oleh Jamiliah Press, Muar. Novel ini telah dicetak kali kedua oleh Geliga Ltd., Singapura pada tahun 1957 dan oleh Pustaka Budaya Ageng, Petaling Jaya pada tahun 1973. Cetakan pertama dan kedua menggunakan tulisan Jawi sementara cetakan ketiga menggunakan tulisan Rumi. | SASTERA | Karya |
PENULIS WARTAWAN | PENULIS WARTAWAN, golongan pengarang Melayu yang bekerja sebagai wartawan. Mereka juga dikenal sebagai penulis ‘wartawan-sasterawan’. Mereka muncul dan bergiat cergas sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua dan setelah merdeka. Antara tokoh penting sebelum perang daripada golongan penulis ini ialah Abdul Rahim Kajai, Shamsuddin Salleh, Raja Mansor dan Ishak Haji Muhammad (Pak Sako). Pada zaman selepas perang dan kemerdekaan pula, mereka terdiri daripada Ishak Haji Muhammad, A. Samad Ismail, Ahmad Boestamam (Ruhi Hayat) dan Alias Ali. Mereka memiliki latar belakang pendidikan yang pelbagai dan pengalaman yang luas dalam bidang kewartawanan dan persuratkhabaran. | SASTERA | Karya |
ANAK MAT LELA GILA | Anak Mat Lela Gila merupakan novel karya Ishak Haji Muhammad yang diterbitkan oleh Annies Printing Works, Johor Bahru. Novel ini diterbitkan dalam tulisan Jawi pada tahun 1941. | SASTERA | Karya |
CERPEN MALAYSIA | CERPEN MALAYSIA, antologi cerpen yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, dalam dua jilid pada tahun 1988. Jilid I diberi judul Cerpen Malaysia Sebelum Perang Dunia Kedua dan diselenggarakan oleh Hashim Awang. Antologi ini memuatkan 56 buah cerpen yang dihasilkan oleh penulis terkenal yang mewakili zaman sebelum Perang Dunia Kedua, iaitu dari tahun 1920-an hingga tahun 1941; antara lain, termasuklah Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Muhammad, Shamsuddin Saleh, Kasmani Arif, Harun Aminurrashid, Mahmud Ahmad dan Misbaha. Mereka ini kebanyakannya terdiri daripada golongan guru dan wartawan Melayu. | SASTERA | Karya |
ISHAK LUTFI HAJI OMAR, DATO' | ISHAK LUTFI HAJI OMAR, Dato’ (1914-1992), ahli politik dan Menteri Besar Kelantan (1959-1964). Dia lahir di Kota Bharu, Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di Kota Bharu. Kemudian dia melanjutkan pendidikan agamanya di Makkah selama lebih kurang sembilan tahun. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SEMANGAT ASIA | SEMANGAT ASIA, majalah bulanan yang diterbitkan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Majalah ini diterbitkan pada bulan Januari 1943 oleh Malai Shinbun Sha, 146 Cecil Street, Syonan-to (Singapura). Semangat Asia menggunakan huruf Rumi dan mengandungi jumlah halaman yang tidak tetap. Antara pengarang majalah ini ialah Ishak Haji Muhammad dan Abdullah Kamel. Semangat Asia sempat diterbitkan sebanyak 17 keluaran iaitu Jilid 1 (bil. 1 hingga 10) pada tahun 1943 dan Jilid 2 (bil. 1 hingga 4) pada tahun 1944. | SASTERA | Penerbitan |
WARTA JENAKA | WARTA JENAKA, akhbar mingguan terbitan Warta Malaya Press Ltd. Akhbar ini menjadi cabang kedua kepada akhbar Warta Malaya, di samping Warta Ahad. Ia mula diterbitkan pada 7 September 1936 dan mengandungi 30 halaman. Akhbar ini diterbitkan selepas Warta Ahad mendapat sambutan hangat daripada masyarakat. Pengendalian akhbar ini diketuai oleh Abdul Rahim Kajai. Dia dibantu oleh Hashim Yunos, Ibrahim Mahmud, Ishak Haji Muhammad dan Osman Kelana. | SASTERA | Karya |
ZABHA | ZABHA (1910- ), wartawan. Dia lahir di Muar, Johor. Nama sebenarnya ialah Zainal Abidin bin Haji Alias. Dia adalah salah seorang yang menggerakkan Jabatan Pengarang Utusan Melayu di hari pelancaran keluaran sulung akhbar tersebut di Queen Street, Singapura pada 29 Mei 1939. Tiga orang lagi ialah Usuf Ishak, Rahim Kajai dan Ishak Haji Muhammad (Pak Sako). | SASTERA | Tokoh |