UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA | UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA, peraturan-peraturan yang dibuat berhubung dengan pelabuhan, pelayaran dan perkapalan di negeri Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1488-1511). Ia dibuat bagi menyeragamkan undang-undang laut yang ada pada masa itu. Perisytiharan Undang-Undang Laut Melaka dibuat sendiri oleh Sultan Mahmud Syah dan ia terpakai kepada semua nakhoda dan isi kapalnya yang datang ke Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
KOTA KAPUR | KOTA KAPUR, tempat inskripsi batu bersurat pada abad ke-7 M. Kota Kapur ialah sebuah kampung kecil di kecamatan Mendo Darat, kabupaten Pulau bangka, Propinsi Sumatera Selatan. Pada zaman penjajahan Belanda, Pulau Bangka merupakan residensi tersendiri. Di Kota Kapur, J.K. van der Meulan menjumpai inskripsi yang ada kaitannya dengan sejarah Sriwijaya. Inskripsi ini merupakan salah satu daripada lima buah inskripsi kutukan yang dibuat oleh Dapunta Hyang, Raja Sriwijaya. Inskripsi ini dipahatkan pada sebuah batu berbentuk tugu bersegi dengan ukuran 177 cm tinggi dan 32 cm lebar dan 19 cm pada bahagian puncak. Inskripsi ini ditulis dalam bahasa Melayu kuno huruf Pallawa. Orang pertama yang mengkaji inskripsi ini ialah Prof. Dr. H. Kern, seorang arkeologi. Pada mulanya dia menganggap Sriwijaya nama seorang raja. Melalui Dr. Coedes, barulah diketahuinya Sriwijaya ialah sebuah kerajaan di Sumatera pada abad ke-7 M. Isi yang tercatat pada inskripsi itu ialah: | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |