Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata iskandar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ISKANDAR MUDA UMUM 
ISKANDAR AGUNG UMUM 
SULTAN ISKANDAR ZULKARNAINSULTAN ISKANDAR ZULKARNAIN (   ?  -1765), Sultan Perak yang ke-15 (1752-1765). Baginda adalah putera Raja Muda, Raja Muhammad. Pada tahun 1745, semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah III (1728-1752), Raja Muhammad dan Raja Iskandar bersekutu dengan pihak Bugis dari Selangor dan menguasai hilir Perak. Sungguhpun Raja Muhammad menjadi sultan, kuasa sebenar terletak di tangan Raja Iskandar.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN MEGAT ISKANDAR SYAHSULTAN MEGAT ISKANDAR SYAH ( ? – 1423), raja Melaka yang kedua (1414-1423). Baginda dikatakan raja Melaka yang pertama memeluk agama Islam dalam usia yang agak lanjut. Sesetengah ahli sejarah berpendapat bahawa Megat Iskandar Syah adalah anak kepada Parameswara.  Ada juga pendapat umum mengatakan bahawa Parameswara menukar namanya kepada Megat Iskandar Syah setelah memeluk agama Islam.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
HIKAYAT ISKANDAR ZULKARNAIN SASTERAKarya
TEUKU ISKANDARpenyusun kamus dan penulis bahasa Melayu.BAHASATokoh
ISKANDAR ZULKARNAINISKANDAR ZULKARNAIN (sebelum Masihi), tokoh ini ada disebut di dalam al-Quran (Surah XVIII): 83-93). Cerita Iskandar Zulkarnain mulanya ditulis dalam bahasa Yunani pada sekitar abad pertama S.M. dan menjadi begitu popular sehingga terdapat banyak versi dalam pelbagai bahasa.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN ISKANDAR SYAHSULTAN ISKANDAR SYAH (1876-1938), Sultan Perak yang ke-30 (1918-1938). Baginda diputerakan di Kuala Keboi, Perak. Baginda ialah putera ketiga Sultan Idris  Mursyidul Adzam Syah I (1887-1916). Raja Iskandar Syah mendapat pendidikan di Sekolah Inggeris Central, Taiping. Kemudian baginda menyambung pengajiannya di Balliol College, Oxford, England pada tahun 1896. Baginda kembali ke Tanah Melayu bersama-sama ayahandanya yang melawat England pada tahun 1902.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN ISKANDAR AL-HAJ IBNI SULTAN ISMAIL

Sultan Iskandar al-Haj ibni Sultan Ismail (1932– )

ialah Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang

kelapan (1984–1989) dan Sultan Johor (1981– ).

Baginda dilantik sebagai Sultan Johor menggantikan

ayahandanya yang mangkat pada tahun 1981.

UMUM 
SULTAN ALI ISKANDAR SYAHSULTAN ALI ISKANDAR SYAH (1824-1877), Sultan Johor (1840-1877). Baginda ialah putera kedua Sultan Husin Syah, Sultan Singapura-Johor. Walaupun Sultan Husin mangkat pada tahun 1835 di Umbai, Melaka, tetapi Tengku Ali hanya diakui sebagai Sultan pada 16 September 1840. Baginda memakai gelaran Sultan Ali Iskandar Syah. Pengisytiharan Sultan Ali dipersetujui oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat, Murchison dan diakui oleh kerajaan British.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
12345

Kembali ke atas