ISMA‘ILIYYAH | | UMUM | |
ABU AL-FIDA’, ‘IMAD AL-DIN ISMA‘IL | Abu al-Fida’, ‘Imad al-Din Isma‘il (672 H.–732 H. /1273 M.–1331 M.), ahli sejarah, geografi dan sasterawan. Nama penuh ‘Imad al-Din Isma‘il Abu al-Fida’ ialah Isma‘il ibn Ali ibn Mahmud ibn Muhammad ibn ‘Umar ibn Shahnashah ibn Ayyub. Bapanya pernah memerintah Hamat. Dia pernah bersama-sama bapanya menyertai Perang Salib ketika usianya 12 tahun. Abu al-Fida’ banyak menceburkan diri dalam beberapa bidang lasak seperti ketenteraan di samping memberi perhatian khusus dalam bidang sejarah dan sastera. | UMUM | |
HIKAYAT ISMA YATIM | | SASTERA | Karya |
A.S. ISMA | A.S. ISMA (1941- ), penyair Negara Brunei Darussalam. Dia lahir pada 8 Disember 1941 di Kampung Pekan Lama, Brunei Darussalam. Nama sebenarnya ialah Pengiran Haji Sabtu bin Pengiran Haji Mohd. Salleh. | SASTERA | Konsep |
MUZANNIY, AL- | Muzanniy, al- (175 H.–264 H./791 M.–878 M.), pakar dalam bidang usul fiqh. Nama penuhnya ialah Isma‘il ibn Yahya ibn Isma‘il al-Muzanniy al-al- Syafi’i. Dia lahir di Mesir dan mendampingi Imam al-Syafi’i ketika dia datang ke Mesir serta belajar darinya dan merupakan salah seorang murid Imam al-Syafi’i yang paling hampir dengannya. Imam al- Syafi’i mengiktiraf kekuatan hujah-hujahnya dengan berkata, “Sekiranya al-Muzanniy berbahas dengan syaitan, nescaya syaitan pun akan dikalahkannya”. | UMUM | |
ABU AL-HASSAN, AL-ASH’ARIY | Abu al-Hassan, al-Ash’ariy (260 H.–324 H./ 873 M.–936 M.) ialah ahli ilmu kalam. Nama penuhnya ialah Abu al-Hassan ‘Ali ibn Isma’il ibn Ishaq ibn Salim ibn Isma’il ibn ‘Abdullah ibn Musa ibn Bilal ibn Abu Musa ibn Bilal ibn Abu Burdah ibn Abu Musa al-Ash’ariy. Dia berasal daripada keturunan seorang sahabat yang terkenal, iaitu Abu Musa al-Ash’ariy. Menurut satu pendapat, dia dinasabkan kepada al-Ash’ariy kerana berketurunan al-Ash’ariy ibn Udad. Tetapi menurut pendapat lain, dia bergelar al-Ash’ariy kerana mempunyai rambut yang lebat ketika lahir. | UMUM | |
MOHD. ISMAIL SARBINI | MOHD. ISMAIL SARBINI (1950- ), penulis. Dia lahir pada 5 Mei 1950 di Kampung BUkit Kapar, Kelang, Selangor. Dia sering menggunakan nama samaran Isma M.S., Hali Isma dan Budi Isma. Dia menerima pendidikan awal di Kapar sebelum melanjutkan pelajaran menengah di Kelang hingga lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun 1977, dia mengikuti Kursus Persediaan di Institut Teknologi MARA. Sesudah itu dia melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh, Perak. Setamatnya daripada latihan di maktab perguruan, dia mengajar di sebuah sekolah menengah di Perlis. Beberapa tahun kemudian dia mengajar di Kelang. Dia mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) secara persendirian dan berjaya menyambung pelajaran di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang Pengajian Bahasa Melayu. | SASTERA | Tokoh |
SAFAWIYYAH, KERAJAAN | Safawiyyah, Kerajaan (906–1148 H. / 1500–1735 M.). Kerajaan Safawiyyah muncul di Iran. Pengasasnya ialah al-Shah Isma’il daripada keturunan Syeikh Safiy al-Din al-Ardabiliy (650–735 H./1252–1334 M.). Safiy al- Din dan anaknya Sadr al-Din ialah pengikut ahli Sunnah, begitu juga kumpulan agama yang ditubuhkannya di al-Ardabil. Manakala cucunya, al- Khawaja ‘Ali yang dilantik mengetuai jemaah pada tahun 802 H./1399 M. merupakan penganut fahaman Syi‘ah sederhana. Anak al-Khawaja ‘Ali, iaitu al-Syeikh Ibrahim yang menggantikannya telah menyebabkan berlakunya pertelingkahan antara ahli jemaah (Syi‘ah) dengan pengikut ahli Sunnah di al-Daghistan. Syeikh Haydir yang dilantik menggantikan ayahnya, Syeikh Ibrahim, pada tahun 859 H./1455 M., juga menggunakan pendekatan yang sama. Syeikh Ibrahim telah digantikan oleh tiga orang anak dan anaknya yang bongsu, Isma‘il (908–931 H./1501–1524 M.) ialah pengasas sebenar kerajaan Safawiyyah (dinisbahkan kepada Safiy al-Din al-Ardabiliy). | UMUM | |
ASHA'IRAH, AL- | Asha’irah, al- ialah pengikut aliran Abu al- Hassan al-Asháriy ‘Ali ibn Isma’il ibn Ishaq (meninggal dunia pada 324 H./935 M.). Dia mempunyai darah keturunan Abu Musa al- Ash’ariy r.a. Lihat Abu al-Hasan al-Ash’ariy. Pada mulanya, dia menganut mazhab Muktazilah. Lihat Muktazilah. | UMUM | |
TAYMUR, AHMAD | Taymur, Ahmad (1288–1348 H./1871–1930) ialah ulama, sasterawan, ahli sejarah dan pengkaji Mesir. Nama penuhnya ialah Ahmad ibn Isma’il ibn Muhammad Taymur. | UMUM | |