ISOTOP | | UMUM | |
AMERISIUM | Amerisium ialah unsur radioaktif tiruan. Simbol kimianya ialah Am dan nombor atomnya ialah 95. Amerisium mempunyai 12 isotop yang diketahui dan isotop yang paling stabil mempunyai nombor jisim 243 dan separuh hayat 7400 tahun. Hanya isotop ini dan isotop yang mempunyai nombor jisim 241 serta separuh hayat 432 tahun boleh dihasilkan dengan banyak. Pada 20°C, amerisium mempunyai ketumpatan 13.67 gram per sentimeter padu (lihat Ketumpatan ). Logam ini cair pada 1173°C. | UMUM | |
NOBELIUM | Nobelium ialah unsur radioaktif yang dihasilkan secara artifisial. Simbol kimianya ialah No. Nombor atomnya ialah 102. Ia mempunyai 10 isotop yang diketahui. Isotop sesuatu unsur mempunyai bilangan neutron yang berbeza dalam atomnya dan dengan itu berat atomnya berbeza-beza. Isotop yang paling stabil mempunyai nombor jisim 259 dan separuh hayat 58 minit (lihat Sinaran ). Nobelium boleh dihasilkan hanya terlalu sedikit untuk ditimbang. | UMUM | |
DEUTERIUM | Deuterium, yang juga dikenali sebagai hidrogen berat, ialah isotop hidrogen yang stabil (lihat Isotop). Simbol kimianya ialah D atau 2H. Deuterium ialah bahagian yang penting dalam bom hidrogen dan ia digunakan dalam penyelidikan fizik atom, biokimia, dan kimia. | UMUM | |
STRONTIUM | Strontium, unsur kimia, ialah logam lembut, berwarna keperakan. Ia wujud sebagai bilangan isotop (atom yang sama nombor atomnya tetapi berbeza beratnya). Strontium 90 ialah isotop radioaktif yang berbahaya yang terdapat pada guguran (serpihan radioaktif di udara) daripada beberapa letupan nuklear. Keradioaktifan isotopnya memusnahkan tisu yang menghasilkan darah pada manusia dan haiwan. | UMUM | |
DEMPSTER, ARTHUR JEFFREY | Dempster, Arthur Jeffrey (1886–1950) ialah ahli fizik Amerika. Pada tahun 1935, dia menemui uranium 235 (U-235), isotop nadir unsur uranium. Isotop U-235 ialah sebatian utama dalam bom atom. | UMUM | |
MENDELEVIUM | Mendelevium ialah unsur radioaktif yang dicipta secara artifisial. Simbol kimianya ialah Md, dan nombor atomnya ialah 101. Mendelevium mempunyai 13 isotop yang diketahui. Isotopnya yang paling stabil mempunyai nombor jisim 258 dan separuh hayat 58 hari. Isotop mendelevium yang paling berat mempunyai nombor jisim 260 dan separuh hayat 32 hari. | UMUM | |
EINSTEINIUM | Einsteinium (simbol kimia, Es) ialah unsur radioaktif artifisial. Nombor atomnya ialah 99 dan ia mempunyai 14 isotop. | UMUM | |
TEKNETIUM | Teknetium ialah unsur kimia dengan simbol Tc. Ia adalah unsur yang pertama kali dicipta secara artifisial. Nombor atomnya ialah 43. Isotop paling stabil yang tersedia ada mempunyai nombor jisim 98.906. | UMUM | |
AIR BERAT | Air berat (formula kimia D2O atau 2 H2O) ialah air yang mengandungi isotop hidrogen berat yang dinamakan deuterium (simbol kimia D) yang menggantikan hidrogen biasa. Atom deuterium mempunyai jisim kira-kira dua kali ganda atom hidrogen biasa. Air berat juga dinamakan deuterium oksida . | UMUM | |