| PERCERAIAN | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PERCERAIAN, pembubaran sebuah perkahwinan. Dalam masyarakat Melayu, penceraian berlaku mengikut peraturan dan ketetapan agama Islam. Apabila suami melafazkan talak kepada isterinya, secara automatik mereka telah bercerai. Walaupun hak melafazkan talak diberi kepada suami, tetapi dalam kes tertentu, isteri juga boleh meminta cerai. Kadi boleh meluluskan fasakh (talak) jika alasan yang munasabah diberi. Dari segi Islam, penceraian hanya sebagai pilihan terakhir, jika usaha lain untuk mendamaikan perkahwinan gagal. Semua perceraian mesti didaftarkan di pejabat kadi daerah. | BUDAYA | Konsep |
| ADAT PERKAHWINAN ORANG SUNGAI | ADAT PERKAHWINAN ORANG SUNGAI, adat perkahwinan yang diamalkan oleh Orang Sungai di daerah Labuan-Sugut, Sandakan dan utara Kinabatangan, Sabah. Calon isteri ditentukan oleh ibu bapa mereka. Malah dalam beberapa keadaan, sesuatu perkahwinan diatur terlebih dahulu sebelum seseorang anak itu dilahirkan. Hingga kini penglibatan ibu bapa dalam urusan perkahwinan masih tidak diketepikan. 1"> | BUDAYA | Konsep |
| ADAT PERKAHWINAN TEMIAR | ADAT PERKAHWINAN TEMIAR, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Temiar di Semenanjung Malaysia. Masyarakat Temiar tidak mempunyai istilah khusus untuk merujuk kepada perkahwinan kecuali perkataan ‘seklog’ yang bermaksud tidur atau tidur bersama. Masyarakat Temiar tidak membenarkan perkahwinan antara ahli keluarga dan saudara sedarah. Perkahwinan antara ahli keluarga yang rapat seperti sepupu juga tidak digalakkan. 1"> Secara umumnya masyarakat Temiar mengutamakan perkahwinan monogami, tetapi poligami khususnya poligini masih diterima oleh masyarakat ini. Perkahwinan secara endogami juga banyak berlaku berbanding dengan eksogami. Dari segi umur, orang lelaki biasanya berumur 16 tahun manakala orang perempuan lebih muda daripada itu. Selepas berkahwin, pasangan suami isteri biasanya akan membentuk keluarga asas sendiri. | BUDAYA | Konsep |