| MAHKAMAH EROPAH BAGI HAK ASASI MANUSIA | Mahkamah Eropah bagi Hak Asasi  Manusia ialah satu cabang Majlis Eropah. Badan  ini bekerjasama dengan sebuah badan lain, iaitu  Suruhanjaya Eropah bagi Hak Asasi Manusia,  dalam usaha meneliti isu-isu yang berkait dengan  hak asasi manusia. Suruhanjaya ini menyiasat  dakwaan pelanggaran hak asasi manusia  sebagaimana yang diperakukan oleh Konvensyen  Eropah bagi Perlindungan Hak Asasi Manusia dan  Hak Kebebasan Asasi. Konvensyen ini adalah satu  perjanjian antarabangsa yang ditandatangani oleh  Majlis Eropah pada bulan November 1950.  | UMUM |   | 
			
				| NEGARAWAN | Negarawan ialah seseorang yang berpengetahuan luas tentang kerajaan dan politik, dan memainkan peranan yang amat penting dalam hal ehwal awam. Kebanyakan orang menganggap negarawan sebagai seorang yang mengambil berat terhadap keperluan dan kepentingan negara secara keseluruhannya. Sebaliknya, mereka menganggap  ahli politik sebagai seseorang yang mempunyai matlamat parti atau politik sahaja.  Negarawan berumur , yang selalunya telah bersara daripada bergiat secara aktif dalam kerajaan, akan terus memberi nasihat berkenaan isu-isu penting. Jepun membentuk sistem  genro , iaitu sebuah badan yang dianggotai oleh bekas-bekas pemimpin kerajaan yang memberi nasihat kepada kerajaan yang sedang berkuasa. Lihat juga senarai biografi negarawan di hujung kebanyakan rencana yang berkaitan dengan setiap negara.  | UMUM |   | 
			
				| MENGUNDI | Mengundi ialah satu cara membuat keputusan oleh sekelompok rakyat. Di banyak negara, rakyat mengundi untuk memilih pemimpin mereka dan untuk memutuskan hal atau isu awam. Orang ramai juga mengundi untuk membuat keputusan dalam kumpulan, seperti juri, kesatuan sekerja, syarikat, dan kelab sosial. Rencana ini membincangkan pengundian hubungan dengan isu awam dan pengundian dalam pilihan raya politik.  | UMUM |   | 
			
				| OLMSTED, FREDERICK LAW | Olmsted, Frederick Law (1822–1903) ialah arkitek landskap, perancang bandar, dan penulis isu sosial Amerika. Kerjaya Olmsted dibentuk oleh konsepsinya tentang masyarakat bertamadun. Melalui reka bentuk landskap dan tulisannya, Olmsted cuba menyusun semula bentuk bandar dan subbandar Amerika, dan menggalakkan pekerti halus dan budaya yang pada pandangannya mampu diperoleh oleh warganegara sesebuah republik.  | UMUM |   | 
			
				| EDITORIAL | Editorial ialah rencana akhbar atau majalah yang  ringkas yang menerangkan pandangan penerbitan  itu terhadap sesuatu isu semasa.  | UMUM |   | 
			
				| KONGRES VIENNA | Kongres Vienna ialah satu mesyuarat yang  diadakan dari akhir tahun 1814 hingga awal  tahun 1815 bagi menyelesaikan isu yang timbul  akibat perang yang berlarutan hampir 25 tahun  antara Perancis dengan negara-negara Eropah  yang lain.  | UMUM |   | 
			
				| PERANG AMERIKA-SEPANYOL | Perang Amerika-Sepanyol menandakan detik kemunculan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa dunia. Peperangan singkat antara Amerika Syarikat dengan Sepanyol ini berlaku di antara bulan April dan Ogos 1898, berpunca daripada isu pembebasan Cuba. Hasil daripada peperangan ini, Amerika memperoleh Guam, Puerto Rico, dan Kepulauan Filipina.  | UMUM |   | 
			
				| BARISAN PEMUDA SARAWAK | Barisan Pemuda Sarawak, persatuan serpihan daripada Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), ditubuhkan pada bulan Jun 1947 untuk menentang isu penyerahan Sarawak kepada Britain.   | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep | 
			
				| DENG XIAOPING | Deng Xiaoping (1904–1997), dieja juga sebagai  Teng Hsiaop’ing, tokoh yang berpengaruh di  China. Pada teorinya, Setiausaha Agung Parti  Komunis China, ialah jawatan yang sangat  berkuasa. Namun pemimpin-pemimpin China  berunding dengan Deng mengenai semua isu  dan keputusan penting yang menjadikannya  seorang ketua yang utama. Pengaruhnya telah  membolehkannya membawa perubahan utama  kepada China. Deng tidak lagi memegang  jawatan dalam kerajaan China tetapi masih lagi  berpengaruh.  | UMUM |   | 
			
				| MERCOURI, MELINA | Mercouri, Melina (1925–1994) ialah pelakon wanita dan ahli politik wanita Yunani. Dia berkhidmat sebagai menteri kebudayaan kerajaan sosialis dari tahun 1981 sehingga dia meninggal dunia. Mercouri banyak mengembara untuk memperkenalkan seni dan sukan Yunani, di samping mengetengahkan isu kewanitaan.  | UMUM |   |