JA‘FAR AL-SADIQ | | UMUM | |
TABARIY, ABU JA‘FAR AL- | Tabariy, Abu Ja‘far al- (224 – 310 H./839 – 923 M.), imam dan ulama tafsir. Nama sebenarnya ialah Abu Ja‘far Muhammad ibn Jarir ibn Yazid ibn Ghalib. Dia lahir di Tabaristan dan mula menuntut ilmu ketika berumur 16 tahun. Dia merantau ke Baghdad dan menetap di sana selepas menziarahi beberapa buah negara. | UMUM | |
TAHAWIY, ABU JA‘FAR AL- | Tahawiy, Abu Ja‘far al- (238–321 H./852–935 M.), perawi dan ahli hadith. Nama sebenarnya ialah Ahmad ibn Muhammad ibn Salamah Abu Ja‘far al- Tahawiy. Dia berasal dari Taha, sebuah kampung di dataran tinggi Mesir. Dia ialah ahli fiqh yang terkenal dengan bukunya “al-Aqidat al-Tahawiyyah” . Dia mempelajari ilmu fiqh mazhab Syafi’i melalui bapa saudaranya al-Muzaniy, ulama mazhab Syafi’i. | UMUM | |
NUMEIRI JA'AFAR | Numeiri Ja’afar (1348 H.– / 1930 M.– ), Jaafar Muhammad Numeiri ialah presiden Republik Sudan dari bulan Mei 1969 hingga April 1985. Dia lahir di Ummu Darman, belajar di sekolah rendah dan menengah di sana. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di sekolah Hantub Menengah yang sistemnya berdasarkan kolej Ghurdun al-Tizkaryyah dan ramai gurunya dari England. | UMUM | |
MANSUR, ABU JA‘FAR AL- | Mansur, Abu Ja‘far al- (95 H.–158 H./714 M.– 775 M.), khalifah Bani Abbasiyyah yang kedua. Nama penuhnya ialah ‘Abdullah ibn Muhammad ibn Ali ibn al-Abbas. | UMUM | |
KHAWARIZMIY, ABU JA’FAR AL | Khawarizmiy, Abu Ja‘far al- (160–232 H/776 – 847 M), ahli matematik, astronomi dan ahli sejarah. | UMUM | |
JA'FAR AL-SADIQ | Ja’far al-Sadiq (80 H-148 H/699 M-765 M), imam keenam daripada 12 orang Imam bagi aliran Syiah Imamiyyah Ithna Asy‘ariah atau al-Ja'fariyyah. | AGAMA | Tokoh |
MUTAWAKKIL ‘ALALLAH, AL- | Mutawakkil ‘Alallah, al- (207 H.–247 H./822 M.– 861 M.), khalifah kerajaan Abbasiyyah. Nama penuhnya ialah Ja‘far ibn al-Mu‘tasim ibn al-Rashid ibn Muhammad al-Mahdiy ibn al-Mansur al- ‘Abbasiy. Dia lahir di Famm al-Sulh (sebuah kampung di tebing Sungai Dajlah yang berdekatan dengan sebuah tempat yang bernama Wasit). Ibunya bernama Shuja‘ yang berasal daripada Khawarizm. Al-Mutawakkil ‘Alallah telah dididik oleh ibunya untuk mewarisi takhta kerajaan. Dia dilantik sebagai khalifah selepas abangnya al- Wathiq (232 H./847 M.). Pada zaman pemerintahannya, dia dikenali sebagai pelopor era baru dalam kerajaan Abbasiyyah, yang dikenali sebagai Zaman Abbasiyyah yang Kedua. Pada zaman itu, orang-orang Turki menguasai kedudukan dalam kerajaan terutama dalam ketenteraan dan pentadbiran. | UMUM | |
LEMBAGA MALAYA | LEMBAGA MALAYA, akhbar Melayu. Akhbar ini diterbitkan pada tahun 1934 oleh Onn bin Ja’afar dan Syed Omar Albar. Lembaga Malaya ialah akhbar mingguan dan diterbitkan pada setiap hari Isnin, di North Bridge Road, Singapura. Akhbar ini mempunyai 36 halaman dengan menggunakan tulisan Jawi. Pengarang utamanya ialah Onn bin Ja’afar dan dibantu oleh Syed Ja’afar Albar, sebagai penolong pengarang bahagian agama Islam. Akhbar ini menjadi salah satu bahan bacaan yang penting bagi masyarakat Melayu di selatan Tanah Melayu pada waktu itu. | SASTERA | Penerbitan |
YA’QUBIY, AHMAD IBN ISHAQ AL | Ya’qubiy, Ahmad ibn Ishaq al- (? –292 H/? –904 M), ahli sejarah geografi yang banyak mengembara. Nama penuhnya ialah Ahmad ibn Ishaq ibn Ja’far ibn Wahab ibn Wadih al-Ya’qubiy, salah seorang penduduk Baghdad. Keluarganya telah berkhidmat sebagai setiausaha pejabat-pejabat pentadbiran kerajaan Abbasiyyah. | UMUM | |