ONN JAAFAR, DATO' | Onn Jaafar, Dato’ (1895–1962), nasionalis, ahli politik dan pentadbir. Dia lahir di Bukit Gambir, Muar, Johor. Ayahnya, Dato’ Jaafar Muhammad (1868-1919) adalah Menteri Besar Johor yang pertama. | UMUM | |
RAJA JAAFAR | RAJA JAAFAR ( ? – 1830), Yang Dipertuan Muda Riau yang keenam (1806-1830). Raja Jaafar adalah putera Raja Haji. Sultan Mahmud Syah III berkenan melantiknya sebagai Yang Dipertuan Muda Riau yang Keenam menggantikan Raja Ali, Yang Dipertua Muda Riau yang kelima, yang meninggal dunia pada tahun 1806. Pelantikan Raja Jaafar dilakukan di Lingga. Dengan pelantikan tersebut, Raja Jaafar telah berpindah dari kediamannya di Kelang, Selangor ke Pulau Penyengat, Riau. Pusat pemerintahannya dinamakan Kota Rentang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ABDUL RAHMAN RAJA JAAFAR | ABDUL RAHMAN RAJA JAAFAR ( ? -1844), Yamtuan Muda Johor yang ketujuh (1833-1844). Nama sebenarnya ialah Raja Abdul Rahman bin Raja Jaafar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
LONG JAAFAR | LONG JAAFAR ( ? -1858), pentadbir daerah Larut, Krian dan Bagan Tiang, Perak. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Long Jaafar dipercayai daripada keturunan Aceh, yang pernah memerintah Perak hampir lebih kurang seratus tahun pada pertengahan abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Long Jaafar ialah cucu Pandak Jamaluddin, Orang Besar Enam Belas Perak yang pertama dengan gelaran Dato’ Paduka Setia, dan anak Alang Allaidin, Orang Besar Lapan. Long Jaafar mula dikenal pada zaman pemerintahan Sultan Abdullah Muazzam Shah (m.m. 1819-1930) memegang jawatan Dato’ Panglima Bukit Gantang dan berkahwin dengan sepupunya, Ngah Pura, anak Dato’ Alang Alaidin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MUMTAZ JAAFAR | Mumtaz Jaafar (1962– ), atlet Malaysia. Dia lahir pada tahun 1962 di Kuala Lumpur. Kerjaya awalnya ialah pegawai bank. Dia banyak memegang jawatan utama dalam organisasi sukan olahraga, antaranya Naib Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Wanita KOAM. Dia kini, menjadi jurulatih khas untuk pelari pecut negara, Watson Nyambek. Penglibatan awal Mumtaz dalam sukan olahraga terutamanya dalam acara lari 100 meter, 200 meter, 4 x 100 meter, dan 4 x 400 meter, bermula dengan menyertai kejohanan-kejohanan anjuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor (MSSS) dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Namanya terus menyinar apabila banyak meraih kejuaraan tempatan, antaranya juara Kejohanan Terbuka Kebangsaan, Kejohanan Antara Bank, dan Kejohanan MAKSAK. | UMUM | |
SYED JAAFAR | SYED JAAFAR ( ? - ? ), panglima perang. Beliau ialah anak Syed Sharid Hassan, keturunan Arab dari Riau. Syed Jaafar telah mengahwini Tengku Ambung dari Siak dan berhijrah ke Selangor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ABU JAAFAR AL-MANSUR | Abu Jaafar al-Mansur (136-158 H/754-755 M), khalifah kedua Kerajaan Abbasiyah. | AGAMA | Tokoh |
JAAFAR HAJI MOHAMAD, DATUK | JAAFAR HAJI MOHAMAD, Datuk (1838-1919), Menteri Besar Johor yang pertama semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar (1833-1893). Dia lahir di Teluk Belanga, Singapura. Dia mendapat pendidikan Melayu, agama dan Inggeris secara tidak formal di Singapura. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MUMTAZ JAAFAR, DATUK PADUKA | Mumtaz Jaafar, Datuk Paduka (1962- ), pelumba lari negara. Beliau lahir pada 1 Januari 1962 di Nilai, Negeri Sembilan. | SUKAN | Tokoh |
ONN JAAFAR | ONN JAAFAR, Dato’ (1895 - 1962), nasionalis, ahli politik dan pentadbir. Dia lahir di Bukit Gambir, Muar, Johor. Ayahnya, Dato’ Jaafar Muhammad (1868 - 1919) adalah Menteri Besar Johor yang pertama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |