SHAYKH JABIR AL-AHMAD AL-SABAH | Shaykh Jabir al-Ahmad al-Sabah (1926– ), menjadi <I>amir I>(pemerintah) Kuwait pada tahun 1977. Dia ialah anak lelaki ketiga Shaykh Ahmad al-Jabir, yang memerintah Kuwait dari tahun 1921 hingga tahun 1950. | UMUM | |
JABIR BIN HAYYAN | Jabir bin Hayyan (103 H-200 H/721 M-815 M), pakar bidang Kimia pada abad ke-2 H. Nama penuhnya ialah Jabir bin Hayyan bin Abdullah al-Kufi al-Sufi. Beliau lahir di Kufah, Iraq dan berbangsa Arab. | AGAMA | Tokoh |
JABIR | | UMUM | |
SAMURAH IBN JUNDAB AL-FAZARIY | Samurah ibn Jundab al-Fazariy ( ? –58 H./? – 677 M.) merupakan salah seorang sahabat nabi yang masyhur. Dia juga adalah ayah kepada Jabir, salah seorang sahabat nabi. Ketika masih kecil dia menyeru kaum muslimin supaya berjihad dalam Perang Uhud bahkan turut menyertai perang tersebut termasuk juga perang-perang yang lain. Dia meriwayatkan 130 hadith dengan menulisnya dalam buku untuk lebih mengingatinya. Selain itu, dia pernah menulis sepucuk surat untuk anak-anak lelakinya. Ibn Sirin mengulas tentang surat tersebut. Surat itu mengandungi ilmu yang banyak. Samurah pernah menjadi gabenor Basrah dan Kufah pada zaman pemerintahan Mu’awiyah. Dia meninggal dunia di Basrah. | UMUM | |
SYEIKH ABDULLAH MAGHRIBI | SYEIKH ABDULLAH MAGHRIBI (1884/1892-1979), ulama. Beliau berasal dari Maghribi, Afrika. Nama penuh beliau ialah Syeikh al-Qadi Abu Jabir Abdullah ibn Ahmad ibn Ibrahim ibn Muhammad ibn Abdullah ibn Ahmad ibn Muhammad al-Qayruwani al-Balawi al-Ghadamisi al-Maghribi. Syeikh Abdullah membesar dalam keluarga yang menitikberatkan pengajian agama. Pendidikan awal beliau bermula dengan menghafal al-Qur'an, seterusnya mempelajari asas ilmu agama dan berjaya menguasai ilmu-ilmu tersebut sebelum mencapai usia remaja.Syeikh Abdullah datang ke Tanah Melayu dan berkhidmat di Madrasah Idrisiyah, Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1924. Ketika itu, beliau berusia 40 tahun. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SHURAYH AL-KINDIY | Shurayh al-Kindiy (? – 78 H./? – 697 M.) ialah kadi yang terkenal. Nama penuhnya ialah Shurayh ibn al-Harith ibn Qays ibn al-Jahmiy al-Kindiy al-Kufiy. Dia berasal dari daerah Mukhdaram di Yaman. Sebahagian penulis menganggapnya daripada kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w. juga seorang penyair. Dia dianggap sebagai perawi hadith yang <i> thiqah i> atau boleh dipercayai ketepatan riwayatnya. Dia meriwayatkan hadith daripada ‘Umar, ‘Ali, Ibn Mas‘ud, ‘Abd al-Rahman ibn Abi Bakar dan lain-lain lagi. Mereka yang meriwayatkan hadith daripadanya ialah Abu Wa’il Shaqiq ibn Salamah, ‘Amir al-Sha‘biy, Qays ibn Abi Hazim, Muhammad ibn Sirin, Mujahid ibn Jabir, Ibrahim al-Nakha‘iy dan lain-lain. | UMUM | |