Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. ayam jantan; 2. calon (dlm sesuatu pemilihan): dlm pilihan raya yg akan datang dialah ~ UMNO di kawasan ini; 3. = jagoan Jk orang yg terkemuka (ahli) dlm sesuatu lapangan: Rustam seorang ~ politik; ~ gelut orang yg suka berkelahi (bergomol); ~ kapuk Id bekas pemain (bola dsb); ~ keprok Id ark orang yg menjadi tukang pukul; ~ tinju johan tinju, orang yg kerjanya bertinju; menjaguhi menjadi jaguh (terkemuka) dlm (sesuatu bidang dsb): dia memang berusaha keras utk ~ permainan itu kali ini; menjaguhkan menjadikan calon, men­ca­lon­­kan; kejaguhan perihal menjadi jaguh (orang yg ahli dlm sesuatu lapangan), kehandalan, ke­unggulan: Bahri memperlihatkan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jaguh
Rujuk :juara


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TYSON, MIKEJaguh pecut.SUKANTokoh
RUDY HARTONO KURNIAWAN

jaguh badminton Indonesia dan juara All England 8 kali.

SUKANTokoh
EVERT, CHRIS

Evert, Chris (1954– ) ialah jaguh tenis wanita

dari Amerika Syarikat dan salah seorang pemain

tenis terkemuka dunia.

UMUM 
LEWIS, CARL

Lewis, Carl (1961-   ), jaguh Sukan Olimpik dalam acara  100 m, 200 m, 4 x 100 m dan lompat jauh.

SUKANTokoh
ISHTIAQ MUBARAK AHMAD

Ishtiaq Mubarak Ahmad (1948-  ), jaguh sukan olahraga. Beliau mula bergiat dalam sukan olahraga sejak bersekolah di Sekolah Jalan Pasar, Kuala Lumpur.

SUKANTokoh
MISBUN SIDEK, DATUK

Misbun Sidek, Datuk (1960-  ), jaguh perseorangan badminton negara.

SUKANTokoh

Kembali ke atas