TEPUNG JAGUNG | Tepung jagung ialah tepung halus putih yang dibuat dengan mengisar dan menapis butir jagung. Ia dibuat daripada jagung yang telah dibuang bahagian yang mengeluarkan biji benih yang dinamakan germa . Jagung dikisar dalam proses yang dikenali sebagai kisaran basah. Selepas dibuang protein jagung, tepung jagung yang tertinggal dikeringkan dalam ketuhar. Oleh kerana hanya 10 peratus lembapan yang masih ada dalam tepung jagung selepas dikeringkan, tepung jagung biasanya dicampurkan dengan makanan lain untuk melindunginya daripada lembapan. Pembuat menggunakan tepung jagung dalam keluaran berbakar, serbuk penaik, gula-gula dan kuah salad. Tukang masak menggunakannya untuk memekatkan kuah dan puding. Pembuat juga menggunakan tepung jagung dalam bahan letupan, cat, dan tekstil. Lihat juga Jagung (Industri pengilangan basah). | UMUM | |
MINYAK JAGUNG | Minyak jagung ialah minyak yang dibuat daripada isirung jagung. Ia digunakan terutamanya sebagai minyak masak dan minyak salad, dan dalam keluaran makanan seperti marjerin dan kerepek kentang. Minyak jagung yang ditapis berwarna kuning pucat. | UMUM | |
SIRAP JAGUNG | Sirap jagung ialah cecair yang pekat, manis yang dibuat daripada tepung jagung. Pemproses makanan menggunakannya untuk memaniskan makanan berbakar, gula-gula, buah dalam tin, dan banyak makanan yang lain. Sirap jagung menjadikan tekstur krim dan gula-gula licin. Ia juga menarik dan membendung lembapan, dan dengan itu ia membantu mencegah makanan berbakar daripada menjadi keras. | UMUM | |
JAGUNG BERTIH | | UMUM | |
JAGUNG | | UMUM | |
BUNGA JAGUNG | Bunga jagung ialah tumbuhan yang mengeluarkan bunga kecil berbentuk seperti butang. Biasanya bunga ini berwarna biru, tetapi sesetengah jenis mempunyai bunga berwarna samar, ungu, atau putih. Bunga ini lebarnya 2.5 sentimeter hingga 4 sentimeter. | UMUM | |
MINUMAN BERALKOHOL | Minuman beralkohol ialah minuman yang mengandungi alkohol etil. Minuman beralkohol dihasilkan terutamanya daripada bijirin seperti barli, jagung dan sekoi, ataupun diperoleh daripada buah anggur atau buah-buahan yang lain. | UMUM | |
KANJI | Kanji ialah bahan putih berbentuk serbuk yang terdapat dalam sel hidup tumbuhan hijau. Ia boleh didapati dalam biji jagung, gandum, padi, dan kacang, dan dalam batang, akar dan ubi (batang bawah tanah) kentang, ubi garut, atau ubi kayu (tapioka). | UMUM | |
KELLOGG, W. K. | Kellogg, W. K. (1860–1951), pengeluar bijirin Amerika yang terkenal dengan gelaran “King of The Corn Flakes” (Raja Kepingan Jagung). Semasa separuh pertama usianya, Will Keith Kellogg tidak dikenali ramai. Namun apabila dilantik sebagai ketua syarikat bijirin yang ditubuhkan pada tahun 1906, dia mula menjadi salah seorang pakar jurujual dan saudagar utama pada waktu itu, dan berjaya mengumpul harta. | UMUM | |
NEBRASKA | Nebraska (pend. 1 584 617) ialah negeri di kawasan barat tengah Amerika Syarikat. Negeri ini adalah sebuah kawasan pertanian utama. Hasil tanaman utamanya ialah jagung. Nama julukan bagi Nebraska ialah Cornhusker State . Nama Nebraska berasal dari perkataan Orang Asli Amerika Oto, iaitu nebrathka . | UMUM | |