JAKUN, suku kaum Orang Asli. Masyarakat ini digolongkan dalam rumpun bangsa Melayu Asli atau Melayu proto. Perkataan ‘jakun’ merupakan satu konsep budaya yang digunakan oleh orang Melayu bagi merujuk masyarakat ini. Pada asalnya, konsep ‘jakun’ digunakan untuk merujuk semua kaum Melayu Asli. Konsep ‘jakun’ merupakan gabungan dua perkataan iaitu ‘jah’ atau ‘jak’ yang bermaksud ‘orang’, dan ‘kun’ bermaksud ‘liar’, ‘mundur’ dan seumpamanya. Konsep ‘jakun’ ini kurang disenangi kerana mengandungi pengertian dan konotasi yang negatif. Orang Jakun turut dikenal dengan panggilan lain seperti Orang Hulu, Orang Darat, Orang Dusun dan Orang Dalam.
SULTAN ABDUL HAMID HALIM SYAH (1864 – 1943), Sultan Kedah yang ke-25 (1882 - 1943). Baginda diputerakan pada 4 Jun 1864. Baginda adalah putera Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Syah dengan isteri pertama baginda, Wan Hajar (lebih dikenal dengan gelaran Kadam Wan Besar). Walaupun Tengku Abdul Hamid adalah putera sulung, tetapi baginda mempunyai dua orang adinda yakni Tengku Zainal Rashid dan Tengku Kassim, putera ayahanda baginda dengan isteri keduanya, Wan Jah.
Thanks for clicking. That felt good.