JAHITAN | | UMUM | |
TITIK JARUM | Titik jarum ialah satu bentuk sulaman, yang jahitan dijahit melalui ruang atau petak-petak fabrik jejaring terbuka yang dikenali sebagai kanvas . Ia digunakan untuk membuat baju, gambar, dompet, upholsteri dan banyak barang-barang lain. Titik jarum pernah dikenali sebagai dewangga. Corak boleh dilukis atau dicetak di atas kanvas. Penyulam menggunakan jarum dewangga yang tumpul dan pelbagai benang lembut. Kerja ini termasuklah sulaman kain kapas, krewel, kait atau yarn Parsi dan kadangkala jalur kulit atau reben. Jahitan ini menghasilkan corak yang serata di atas permukaan jejaring. | UMUM | |
SULAMAN | Sulaman ialah seni menjahit hiasan di atas fabrik atau bahan yang seumpamanya dengan menggunakan jarum dan benang. Jahitan itu boleh dicantum untuk dijadikan pelbagai corak, termasuk bunga, binatang, manusia, dan corak abstrak. Corak dilukis di atas fabrik, dan kemudian disulam, atau corak direka semasa menyulam. | UMUM | |
SUTUR | Sutur merupakan garisan yang terbentuk dalam pencantuman tulang yang tidak bergerak seperti di tengkorak. Ia juga penutupan menerusi jahitan, ke atas hirisan luka dalam pembedahan. Bahan yang digunakan untuk menjahit luka juga dikenali sebagai sutur. Bahan sutur ini dibuat daripada catgut, sutera halus, linen, dawai dan nilon. Lihat juga Ligatur. | UMUM | |
TAMPAL HIAS | Tampal hias ialah proses hiasan yang digunakan dalam menjahit dan membuat pakaian. Ia termasuk menjahit potongan kain yang telah direka bentuk ke atas helaian yang lebih besar. Bahagian tepi helaian yang direka bentuk itu biasanya dilipat. Kemudian ia dijahit ke atas helaian kain yang besar dengan jahitan yang kecil dan tersembunyi atau jahitan hiasan. | UMUM | |
MESIN PENGAIT | Mesin pengait ialah alat untuk membuat fabrik berkait. Sebagaimana mengait tangan, mesin pengait menghasilkan fabrik dengan membentuk gelung pada benang dan merangkaikannya antara satu dengan yang lain dengan menggunakan jarum. Bagaimanapun, mesin pengait menggunakan banyak jarum dan dapat mengait daripada 100 000 jahitan hingga lebih daripada tujuh juta jahitan dalam tempoh seminit. Mesin pengait membuat pelbagai jenis fabrik daripada kain renda yang halus hinggalah kepada ambal yang berat. Hasil fabrik berkait yang lain, termasuk hosiery pelbagai jenis pakaian yang lain, dan langsir. | UMUM | |