JALALUDDIN | JALALUDDIN ( ? - ? ),pejuang undang-undang perdagangan Islam di Minangkabau. Jalaluddin dikaitkan dengan kebangkitan awal pergerakan pemulihan Islam di Minangkabau (1784 – 1803). Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Dia mendapat pendidikan awal daripada Tuanku Nan Tua, seorang syekh yang terkenal. Lebih kurang pada tahun 1784, Tuanku Nan Tua mengasaskan ‘surau’ Syatariyah di Kota Tua di Agam. Walaupun ‘surau’ pengajian mereka dalam ilmu kebatinan sesuai dengan persekitaran pertanian yang tenang, mereka dapat menyesuaikan diri dengan perkembangan pesat pertanian perdagangan di rantau tersebut. Malah pemimpin mereka turut terlibat dalam perdagangan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SYEIKH MOHD. TAHIR JALALUDDIN | Syeikh Mohd. Tahir Jalaluddin (1869–1957), ulama dan pengarang. Ketika berusia 13 tahun, dia pergi ke Makkah bersama sepupunya, Syeikh Ahmad Khatib al-Minangkabau. Di Makkah mempelajari ilmu nahu, saraf, mantiq, fiqh, bayan, maani, handasah dan lain-lain lagi. Dia juga bertugas menguruskan jemaah haji yang datang ke Makkah. | UMUM | |
SYEIKH MUHAMMAD TAHIR JALALUDDIN | SYEKH MOHD. TAHIR JALALUDDIN (1869-1957), ulama dan penulis. Dia lahir di Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia. Ayahnya, Ahmad Jalaluddin, seorang guru agama yang terkenal, meninggal dunia ketika Syekh Mohd. Tahir baru berusia dua tahun. Semasa berusia 12 tahun, dia dihantar ke Makkah bagi mempelajari ilmu agama Islam. Di sana, dia tinggal bersama-sama saudara sepupunya, Syekh Ahmad Khatib yang juga pemimpin mazhab Syafie di Masjidilharam. | SASTERA | Tokoh |
SYEIKH OSMAN JALALUDDIN | SYEIKH OSMAN JALALUDDIN (1880-1952), ulama dan penulis. Beliau lahir di Kampung Panjang, Sering, Kota Bharu, Kelantan. Beliau berasal daripada keluarga yang berada. Ayahnya ialah seorang bomoh terkenal yang boleh mengubati penyakit gila dan penyakit puru. Beliau mendapat pendidikan awal daripada Haji Jamal Perupuk dengan mempelajari kitab-kitab agama dalam tulisan Jawi. Beliau kemudiannya berguru dengan Dato’ Mufti Haji Wan Ahmad di Kota Bharu, Kelantan dan juga pernah belajar agama di Sungai Pinang. Selepas beberapa tahun belajar di Kelantan, beliau melanjutkan pelajarannya di Makkah. Di Makkah, beliau berguru dengan beberapa orang ulama terkenal. Setelah berada di Makkah selama empat tahun, akhirnya beliau pulang ke tanah air. Di Kelantan, beliau terus menyambung pelajarannya di Pondok Tuk Kenali, seorang ulama yang terkenal di Kelantan. Beliau dilantik sebagai pembantu Tuk Kenali dan mengajar kitab fiqah kepada pelajar di pondok itu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SYEIKH MUHAMMAD JAMIL JAMBEK | SYEIKH MUHAMMAD JAMIL JAMBEK (1862-1947), ulama Indonesia. Beliau lahir di Bukittinggi, Sumatera. Ayahnya seorang penghulu adat, manakala ibunya berasal dari Betawi. Riwayat hidupnya seperti sebuah cerita rakyat yang mengisahkan peralihan seorang `parewa’, iaitu anak muda yang adventurer, menjadi seorang ulama besar. Setelah berumur 24 tahun, Syeikh Muhammad Jamil ke Makkah untuk belajar dan menetap di sana selama 10 tahun. Beliau berguru dengan Syeikh Ahmad Khatib al-Minangkabawi dan Syeikh Tahir Jalaluddin, yang memberinya nama julukan al-Falaqi. Pada tahun 1903, beliau kembali ke Minangkabau. Setelah Syeikh Tahir Jalaluddin menerbitkan majalah Al-Imam di Singapura, Syeikh Muhammad Jamil bersama-sama Haji Abdul Karim Amrullah, Haji Abdullah Ahmad dan Syeikh M. Thaib Umar, memperkenalkan cita-cita dan pemikiran Kaum Muda. Mereka dianggap sebagai `empat sekawan’ ulama Kaum Muda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
NERACA | NERACA, majalah tulisan Jawi yang diterbitkan pada tahun 1911 di Singapura. Pengarang majalah ini ialah Haji Abbas Mohd. Taha, bekas penolong pengarang al-Imam dan juga sahabat kepada Syekh Tahir Jalaluddin. Dia juga telah mengambil alih pengurusan Matbaah al-Imam pada tahun 1908. Majalah ini diterbitkan ekoran pemberhentian majalah al-Imam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
TENGKU ABDUL MUTTALIB TENGKU ABDUL KADIR | TENGKU ABDUL MUTTALIB TENGKU ABDUL KADIR ( ? - 1919), Raja Negeri Teluban (kini Saiburi) yang terakhir. Nama penuh baginda ialah Tengku Abdul Muttalib bin Tengku Abdul Kadir bin Tengku Jalaluddin bin Nik Dah. Moyang baginda, Nik Dah, dilantik oleh Siam menjadi Raja Teluban yang pertama, tidak lama selepas Siam membahagi-bahagikan negeri Patani kepada tujuh negeri kecil pada tahun 1816, iaitu Patani, Jambu, Jalor (Yala), Nongchik, Legeh dan Reman. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SYEIKH AHMAD KHATIB AL-MINANGKABAWI | SYEIKH AHMAD KHATIB AL-MINANGKABAWI (1852/1860-1916), ulama Indonesia. Beliau lahir di Koto Gadang. Nama sebenarnya ialah Ahmad Khatib bin Abdul Latif al-Minangkabawi. Ayahnya, Khatib Nagari ialah saudara Datuk Rajo Mangkuto, Tuanku Laras Koto Gadang, manakala ibunya ialah saudara kandung ibu Syeikh Tahir Jalaluddin, pelopor gerakan pembaharuan Islam di Dunia Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MASNAWI | MASNAWI, puisi Parsi yang dicipta atau dikembangkan oleh penyair sufi Parsi yang terkenal, Jalaluddin al-Rumi (m. 1273 M.). Masnawi merupakan puisi panjang, baik yang berbentuk naratif seperti puisi epik Shah Nama oleh Firdausi (m. 1020 M.) mahupun puisi dedaktik Mathnawi karya al-Rumi. Shah Nama terdiri daripada 60 000 rangkap dengan menggunakan polamatra mutaqarib dan Mathnawi mengandungi 25 000 rangkap dalam polamatra ramal. | SASTERA | Karya |