Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STRATFORD-UPON-AVON

Stratford-upon-Avon ialah sebuah pekan

sunyi, di Warwickshire, England, yang masyhur

sebagai tempat lahir William Shakespeare. Ia

terletak di lembah hijau Sungai Avon. Untuk

lokasinya, lihat United Kingdom (peta politik).

Rumah lama separuh kayu mendereti jalan raya

sempit Stratford-upon-Avon. Ia merupakan pekan

yang terbesar di daerah Stratford-on-Avon.

UMUM 
MASJID ZAHIR

MASJID ZAHIR, masjid negeri Kedah.  Masjid ini terletak di antara Jalan Pekan Melayu dengan Jalan Kampung Perak, Alor Setar.  Kedudukan masjid ini bersetentang dengan Balai Besar Negeri.  Tapak asalnya ialah tapak lama masjid negeri yang dibina sejak Alor Setar menjadi pusat pentadbiran negeri Kedah Darul Aman yang diasaskan oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Mu’azzam Syah II (1710-1778) pada tahun 1735.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIArtifak/Mentifak
SAN JUAN

San Juan (pend. 434 849; pend. kaw. met.

1 086 376) ialah ibu negara dan bandar terbesar di

Puerto Rico. Bandar ini juga merupakan pelabuhan

utama pulau ini. Bahagian lama bandar ini terletak di

pulau di luar pinggir laut utara Puerto Rico. Kawasan

kediaman yang baru terletak di pulau utama. Empat

buah jambatan dan sebatang jalan dibina untuk

menghubungkan kedua-dua bahagian tersebut.

UMUM 
ZENITH,

ZENITH,  majalah bulanan di Indonesia.  Zenith mula diterbitkan pada tahun 1951 oleh Yayasan Dharma, dan dicetak oleh percetakan N.V. Dharma yang beralamat Jalan Gongangdia Lama, No. 4, Jakarta.  Sidang redaktur majalah Zenith ialah H.B. Jassin, J.A. Dungga, Sumantri Mertodipuro, Susanto Ruslanputro, Sr. Nuraini dan Asrul  Sani.  Ketua Yayasan Dharma ialah Ir. Pangeran Moh. Noor, dengan anggotanya terdiri daripada Prof. Dr. Supomo, Sukardjo Wirjopranoto, Jusuf Wibisono dan Suwandi. Akte Notaris Yayasan Dharma menyebut bahawa tujuan menerbitkan Zenith adalah sebagai sumbangan kepada masyarakat dan negara Indonesia dalam lapangan kebudayaan di samping pembangunan dalam bidang politik, sosial dan ekonomi.  Keluaran pertama Zenith ialah 4000 naskhah.  Keluaran ini meningkat menjadi 5500 naskhah pada cetakan berikutnya.

SASTERAKonsep
NICE

Nice (pend. 345 674; pend. kaw. met. 475 507) ialah

bandar peranginan di French Riviera dan pelabuhan

Mediterranean . Bandar ini terletak di kaki

Pergunungan Alps berhampiran Itali (lihat Perancis

[peta politik]). Bandar ini mempunyai jalan yang besar,

hotel mewah, dan vila yang dikelilingi oleh taman.

Sungai Paillon membahagikan bandar ini kepada dua

bahagian, Pekan Lama di bahagian timur dan pekan

moden di bahagian barat. Pergunungan Alps

melindungi Nice daripada angin utara yang sejuk dan

menyebabkan bandar ini mengalami musim sejuk

yang sederhana. Kebanyakan penduduk bergantung

kepada perdagangan pelancongan. Kebanyakan

pelancong datang pada musim cuti musim sejuk

antara bulan Januari hingga bulan April, atau dari

bulan Julai hingga bulan September. Mardi Gras, yang

menandakan kemuncak Pesta Riviera, adalah satu

daripada beberapa pesta musim sejuk bandar ini (lihat

Mardi Gras ).

UMUM 
DIANG-DIANGANDIANG-DIANGAN, cerita rakyat Brunei yang dituturkan secara berlagu dari mulut ke mulut dengan diiringi pukulan gendang yang khusus. Cerita ini dituturkan dalam dialek bahasa Brunei yang diselang-seli dengan perkataan-perkataan Melayu Brunei lama. Diang-diangan berbeza bentuknya daripada hikayat dan syair, walaupun sering terdapat persamaan bunyi pada akhir kalimat yang tertentu. Diang-diangan hanya mementingkan kata-kata yang sesuai dan menarik untuk menghidupkan jalan cerita.SASTERAKarya
SEVEN SLEEPERS OF EPHESUS

Seven Sleepers of Ephesus , menurut legenda

purba, ialah tujuh remaja beragama Kristian yang

telah melarikan diri ke kawasan pergunungan

berhampiran Ephesus di Asia Kecil, untuk

menyelamatkan diri daripada penganiayaan oleh

Maharaja Decius pada tahun 251 M. Orang yang

mengejar mereka telah menemui tempat

persembunyian mereka dan menyekat jalan masuk

ke situ. Dua ratus tahun kemudian, seorang

penggembala terserempak dengan gua tersebut

dan menemui ketujuh-tujuh remaja tersebut

sedang nyenyak tidur. Apabila dia

mengejutkannya, mereka mengatakan bahawa

mereka baru tidur  satu malam sahaja. Salah

seorang daripada mereka pergi ke Ephesus untuk

mencari makanan dan membayar dengan

menggunakan duit syiling yang berusia 200 tahun.

Remaja itu telah ditangkap kerana disyaki sebagai

pencuri harta karun. Walau bagaimanapun,

Maharaja Theodosius II percaya bahawa satu

keajaiban telah berlaku dan membawa remaja itu

dalam satu perarakan besar-besaran ke gua

tersebut. Kemudian, dia membina sebuah gereja

dan kawasan perkuburan yang besar di situ

sebagai memperingati peristiwa itu. Ketujuh-tujuh

lelaki itu hidup tidak lama. Kesemuanya meninggal

dunia pada masa yang sama dan dikebumikan di

tempat mereka pernah tidur.

UMUM 

Kembali ke atas