KUPU-KUPU RUMPUN | Kupu-kupu rumpun membentuk famili yang beluncasnya mempunyai jambak bulu di sepanjang belakangnya. Jambak bulu ini sering berwarna cerah. Beluncas juga mungkin mempunyai jalur-jalur yang jelas di belakangnya. | UMUM | |
JALUR VAN ALLEN | | UMUM | |
JALUR MOBIUS | | UMUM | |
JALUR FREKUENSI | | UMUM | |
JALUR FILEM | | UMUM | |
KOD JALUR | Kod jalur ialah cara untuk melabelkan barang yang dijual di kedai dan item-item lain. Kod jalur terdiri daripada satu corak garisan dan jalur dan komputer boleh menterjemahkannya. | UMUM | |
NUMBAT | Numbat ialah marsupial Australia, sebesar tikus besar. Badannya mempunyai jalur berwarna yang menyerlah dan ekornya berbulu lebat. Bahagian atas numbat berwarna merah karat dan bahagian bawahnya putih. Kaki belakang ketiga disilangi oleh kira-kira enam jalur putih; satu jalur hitam terentang pada mata dari muncung ke telinga. | UMUM | |
JALUR PELINDUNG | Jalur pelindung, sebaris atau lebih pokok-pokok atau pokok renek yang ditanam bagi melindungi tanah, tanaman, dan ternakan daripada angin, salji, dan matahari. | PERTANIAN | Konsep |
TARTAN | Tartan ialah kain corak berpetak, plaid yang terdapat terutamanya di Scotland. Reka bentuknya mengandungi jalur yang pelbagai lebar dan warna. Jalur ini bersilang pada sudut tegak, dengan latar belakang yang mempunyai satu warna. Puak utama di Scotland mempunyai tartan mereka sendiri. Regimen Scotland juga menggunakan tartan. Di negara selain Scotland, perkataan tartan juga bermaksud kain atau pakaian yang mempunyai reka bentuk tartan. | UMUM | |
ZODIAK | Zodiak ialah jalur bintang yang kelihatan seperti mengelilingi bumi. Ia menganjur kira-kira 8° di kedua-dua sisi ekliptik (laluan pergerakan matahari di keliling bumi). Bulan dan planet lain berada dalam jalur ini sepanjang pergerakannya mengelilingi sfera samawi. | UMUM | |