Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAAT

Saat, unit dalam sistem metrik, digunakan untuk

mengukur masa dan sudut. Simbolnya ialah s.

Dalam pengukuran masa, 60 saat menjadikan

satu minit. Terdapat 60 minit dalam satu jam, dan

24 jam dalam satu hari. Jadi, satu saat ialah 1 / 86 400

daripada satu hari. Dalam pengukuran sudut,

60 saat menjadikan satu minit, dan terdapat 60

minit dalam satu darjah. Sebuah bulatan terbahagi

kepada 360 darjah. Jadi, satu saat ialah 1 / 1 296 000

daripada satu bulatan.

UMUM 
AZIMUT

Azimut ialah ukuran di sepanjang ufuk sudut di

antara objek dengan titik rujukan. Titik rujukan ini

biasanya di utara, dan sudut ini diukur mengikut

arah pusingan jam. Objek yang terletak di timur

akan mempunyai azimut 90 ° . Angin dari arah 27 °

ialah yang bertiup dari barat. Azimut boleh juga

diukur dari titik di selatan. Dalam kes ini, objek

dengan azimut 135 ° akan terletak di barat laut.

Titik rujukan boleh digambarkan dengan lebih

jelas lagi dengan memberi arahnya sebagai S

135 ° B.

UMUM 
SA‘ATIY AHMAD IBN ‘ABD AL-RAHMAN AL-

Sa‘atiy Ahmad ibn ‘Abd al-Rahman al-

(1301–1378 H./1883–1958 M.), ahli hadith. Nama

penuhnya ialah Ahmad ibn ‘Abd al-Rahman al-

Banna, dan al-Sa’atiy ialah nama samarannya. Dia

adalah bapa pembaharuan dan pemimpin Islam,

Ahmad lahir di perkampungan Shamsyairah,

berhampiran bandar Iskandariah, Mesir. Sejak

kecil lagi dia menunjukkan minat yang mendalam

untuk mempelajari hadith Rasulullah s.a.w. Antara hasil

karyanya termasuk Bada‘i al-Mannan fi Jam‘i wa

Tartib Musnad al-Shafi‘i wal-Sunnan, Al-Qaul al-

Hassan fi Sharhi Bada‘i al-Mannan, Minhat al-

Ma‘bud fi Tartib Musnad al-Tayalisi Abi Daud-

Tahzib Jam‘i Masanid Abi Hanifah, Hidayat al-

Muqtafi ila Tartib Musnad al-Haskafi, Ithaf Ahl al-

Sunnah al-Bararat Zibdah Ahadith al-Usul al-

Asharah, Tanwir al-Afidati al-Zakiyati fi Adillat

Azkar al-Wazifat al-Zaruqiyyah, dan Al-Fathu al-

Rabbani li-Syarhi wa Tartib Musnad Ahmad ibn

Hanbal al-Shaibani. Ahmad ibn Abd Rahman al-

Banna meninggal dunia di Kaherah.

UMUM 

Kembali ke atas