Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERALATAN PEMBINAAN

Peralatan pembinaan merupakan jentera yang

digunakan untuk membina dan merobohkan

jambatan, bangunan, dan struktur-struktur lain.

Jentera ini biasanya dapat menjimatkan tenaga

kerja, wang, dan masa. Sebuah jentera dapat

melakukan kerja yang lebih banyak dalam masa

satu jam berbanding seratus orang pekerja yang

menggunakan peralatan tangan dalam satu hari.

Jentera utama untuk membina bangunan termasuk

(1) jentera korek tanah, (2) mesin angkat dan kendali

bahan, dan (3) mesin pam.

UMUM 
TERMOS

Termos ialah bekas penyimpan cecair panas atau

sejuk untuk beberapa jam. Ia juga dikenali sebagai

kelalang vakum atau kelalang Dewar . Botol termos

mempunyai beberapa saiz, berbeza mengikut

kapasiti, iaitu daripada 60 mililiter hingga 60 liter. Ia

juga mempunyai pelbagai kegunaan. Termos

lazimnya digunakan untuk membawa minuman

seperti kopi, jus, susu, ataupun sup. Termos juga

digunakan dalam kerja perubatan dan saintifik

untuk menyimpan ubat-ubatan dan bahan kimia,

memindahkan tisu dan organ dan untuk mengawet

plasma darah.

UMUM 
BIG BEN

Big Ben ialah loceng besar di menara jam

Bangunan Parlimen di London. Big Ben beratnya

12 tan metrik. Diameternya 2.7 meter dan tingginya

2.3 meter. Big Ben mula bergema pada tahun

1859. Menjelang malam Tahun Baru 1923, loceng

ini buat pertama kali didengari di radio, dan

menjelang Tahun Baru 1949, loceng ini dan menara

loceng yang terang-benderang muncul di kaca

televisyen. Ia dipasang semasa Sir Benjamin Hall

yang tinggi lagi gempal menjadi pesuruhjaya

kerja raya. Benjamin digelar Big Ben dan anggota

Parlimen menamakan loceng Big Ben sempena

namanya.

UMUM 

Kembali ke atas