Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jam.ba.ngan] | جمبڠن

Definisi : 1. tempat mele­takkan bunga; 2. pasu bunga; 3. Jw pasu; 4. belanga besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jam.ba.ngan] | جمبڠن

Definisi : tempat menaruh bunga; pasu bunga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jambangan

Puisi
 

Sirih cina jambangan cina,
     Lalu dibungkus di dalam kertas;
Saja rupa adik tak bena,
     Di dalam hati haram tak lepas.


Lihat selanjutnya...(14)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TUNKU ANUM RAJA JAMBANGANTUNKU ANUM RAJA JAMBANGAN (  ?  - 1853), pembesar empat Kedah, bergelar Seri Paduka Raja.  Tidak diketahui dengan tepat tarikh kelahirannya tetapi semasa pendudukan Siam di Kedah (1821-1842), dia dianggap seorang tokoh tua yang disegani di Kedah.  Nama penuhnya ialah Tunku Anum bin Tunku Abdul Rahman, keturunan Sultan Muhammad Jiwa (1710-1778).  Bagaimanapun dia lebih dikenal dengan gelaran Tunku Paduka Raja Jambangan.  Gelaran ini diperolehnya pada bulan Ogos 1809 apabila dilantik oleh Sultan Ahmad Tajuddin sebagai ketua utusan bunga mas dan perak.  Dengan tugas ini dia dikehendaki mengetuai rombongan menghantar ufti ke Ligor sebelum dikirimkan ke Bangkok.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MOTHERING SUNDAY

Mothering Sunday ialah hari Ahad keempat

Lent , di England. Pada hari tersebut, para ibu

menerima jambangan bunga dan hadiah daripada

anak-anak mereka. Anak yang tinggal jauh akan

balik untuk melawat ibu mereka pada hari

tersebut.

UMUM 

Kembali ke atas