JAMIL BUTHAYNAH | | UMUM | |
ABDUL JAMIL RAIS, TAN SRI | ABDUL JAMIL RAIS, Tan Sri (1912-1994), Ketua Setiausaha Negara yang pertama (1964-1967). Dia lahir pada 14 Januari 1912 di Kuala Kangsar, Perak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
TUN ABDUL JAMIL | TUN ABDUL JAMIL (? -1688), pembesar kerajaan Johor. Dia adalah salah seorang anak Laksamana Johor yang meninggal dunia pada tahun 1640-an. Dengan itu jawatan laksamana dipegang oleh Tun Abdul Jamil. Pada mulanya dia bertugas sebagai panglima, kerana kecekapan dan kebolehannya dia dinaikkan pangkat menjadi ketua juak raja dengan gelaran Panglima Muda, seterusnya menjawat jawatan Megat Seri Rama, Laksamana dan Paduka Raja. Jawatan Paduka Raja adalah bakal Bendahara. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
NAHMAR JAMIL | NAHMAR JAMIL (1938- ), penyair dan penterjemah. Dia lahir pada 4 November 1928 di Kampung Sena, Kangar, Perlis. Nama sebenarnya ialah Na’man bin Haji Mohammad Rawi. Selain nama pena Nahmar Jamil, dia juga menggunakan nama pena Namiri Jamil dan N’man Rawi Jamil. Nahmar mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kangar hingga lulus Darjah Lima. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Sekolah Arab al-Alwiah Addiniah, Arau hingga lulus Darjah Empat Thanawi. Dia juga sering membaca karya sastera Asia Barat untuk menambahkan pengetahuannya. Pada tahun 1976, dia diterima masuk ke Universiti Sains Malaysia untuk mengikuti kursus Penulisan Kreatif selama satu tahun. | SASTERA | Tokoh |
SYEIKH MUHAMMAD JAMIL JAMBEK | SYEIKH MUHAMMAD JAMIL JAMBEK (1862-1947), ulama Indonesia. Beliau lahir di Bukittinggi, Sumatera. Ayahnya seorang penghulu adat, manakala ibunya berasal dari Betawi. Riwayat hidupnya seperti sebuah cerita rakyat yang mengisahkan peralihan seorang `parewa’, iaitu anak muda yang adventurer, menjadi seorang ulama besar. Setelah berumur 24 tahun, Syeikh Muhammad Jamil ke Makkah untuk belajar dan menetap di sana selama 10 tahun. Beliau berguru dengan Syeikh Ahmad Khatib al-Minangkabawi dan Syeikh Tahir Jalaluddin, yang memberinya nama julukan al-Falaqi. Pada tahun 1903, beliau kembali ke Minangkabau. Setelah Syeikh Tahir Jalaluddin menerbitkan majalah Al-Imam di Singapura, Syeikh Muhammad Jamil bersama-sama Haji Abdul Karim Amrullah, Haji Abdullah Ahmad dan Syeikh M. Thaib Umar, memperkenalkan cita-cita dan pemikiran Kaum Muda. Mereka dianggap sebagai `empat sekawan’ ulama Kaum Muda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PEHIN JAMIL, PEHIN JAWATAN DALAM SERI MAHARAJA DATO' SERI UTAMA | PEHIN JAMIL, Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato' Seri Utama (1921- ), pendidik, budayawan, sejarawan, sasterawan dan ahli agama Brunei Darussalam. Dia lahir pada 10 Disember 1921 di Kampung Sungai Kedayan, Bandar Seri Begawan. Nama penuhnya ialah Haji Awang Mohd. Jamil AI-Sufri bin Haji Awang Umar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
UMI KALSUM | UMI KALSUM, kumpulan cerpen karya Jamil Suherman. Umi Kalsum diterbitkan oleh penerbit Nusantara pada tahun 1963. Kumpulan cerpen yang berukuran 13 cm x 18 cm ini mengandungi 94 halaman. “Umi Kalsum” adalah judul salah sebuah cerpen dalam kumpulan ini. Cerpen-cerpen lain ialah “Jadi Santri”, “Pesantren dan Kyai Kami”, “Main Gambus”, “Malam Mauludan”, “Kitab Jenggot dan Pemeluknya”, “Pendekar-Pendekar Kedungpring”, “Kesunyian Menjelang Malam”, dan “Penggali Kubur”. | SASTERA | Penerbitan |
MADRASAH HAJI TAIB | MADRASAH HAJI TAIB, sekolah agama. Madrasah ini terletak di Parit Jamil, Muar, Johor. Orang yang bertanggungjawab dalam penubuhan madrasah ini ialah anak-anak Haji Taib. Mereka menamakan madrasah ini sempena nama bapa mereka. Haji Taib berasal dari Tanah Jawa dan membuka kawasan Parit Jamil pada penghujung abad ke-19. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
JAMILIAH PRESS, MUAR | JAMILIAH PRESS, MUAR, syarikat percetakan Melayu. Percetakan ini ditubuhkan pada pertengahan tahun 1920-an, berpejabat di Parit Jamil, Muar, Johor oleh Haji Jaafar Haji Taib, dengan kerjasama Haji Kassim Haji Salleh. Percetakan ini memiliki tiga buah mesin cetak yang menggunakan tenaga manusia dan sebuah mesin pemotong kertas. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
A. SAMAD SAID, DATUK | A. Samad Said, Datuk (1935- ), penulis, wartawan dan Sasterawan Negara yang keempat. Beliau dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Nama sebenarnya ialah Abdul Samad bin Mohamed Said. Beliau pernah menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir. | SASTERA | Tokoh |