Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jane


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AUSTEN, JANE

Austen, Jane (1775–1817), salah seorang penulis

novel yang sangat digemari di England. Tulisannya

mengandungi sindiran tentang institusi-institusi

sosial pada zamannya. Dalam setiap satu daripada

enam novelnya, mengisahkan seorang wanita

bertemu dan mengahwini seorang lelaki selepas

menempuh pelbagai kesukaran, yang sering kali

melucukan. Halangan-halangan ini dapat membantu

sebelah pihak atau kedua-dua belah pihak mengenal

diri mereka sendiri, yang diperlukan untuk

perkahwinan yang bahagia. Tidak ramai penulis yang

dapat menandingi kelebihan Jane Austen dalam

mengenal pasti kelemahan manusia, gambarannya

tentang hidup seharian yang penuh kasih sayang

ataupun prosa-prosanya yang licik dan indah.

UMUM 
FONDA, JANE UMUM 
GOODALL, JANE UMUM 
CALAMITY JANE UMUM 
GREY, LADY JANE UMUM 
CANARY, MARTHA JANE UMUM 
SALVATION JANE

Salvation Jane, juga dikenali sebagai Paterson’s

Curse , ialah rumpai yang terdapat di semua

bahagian di Australia kecuali di Australia Barat.

Seorang peladang bernama Paterson yang tinggal

di New South Wales mungkin memperkenalkannya

dari Eropah.

UMUM 
ADDAMS, JANE

Addams, Jane (1860–1935) ialah pekerja sosial

dan humanis Amerika. Dia dan Ellen Gates Starr

mengasaskan Hull House di Chicago pada tahun

1889. Addams berkongsi Hadiah Novel Keamanan

tahun 1931 bersama-sama Nicholas Murray Butler.

UMUM 

Kembali ke atas